KUALA TERENGGANU: Banjir di Terengganu beransur pulih apabila lebih ramai mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing secara berperingkat.
Sehingga jam 10 malam tadi, seramai 1,307 mangsa daripada 343 keluarga ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kemaman dan Dungun.
Petang tadi, seramai 4,139 mangsa daripada 991 mangsa ditempatkan di 27 PPS di daerah sama.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, jumlah mangsa banjir di Kemaman menunjukkan penurunan yang ketara apabila hanya 830 mangsa daripada 213 keluarga ditempatkan di lapan PPS.
"Petang tadi, seramai 3,625 mangsa banjir daripada 846 keluarga masih ditempatkan di 14 PPS di daerah berkenaan.
"Jumlah mangsa di Dungun juga menunjukkan penurunan selepas satu PPS ditutup menjadikan hanya 12 PPS masih beroperasi setakat jam 10 malam tadi.
"Ketika ini, 477 mangsa daripada 130 keluarga masih berada di PPS berbanding 514 mangsa daripada 145 mangsa pada petang tadi," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan