Sabtu, 12 Disember 2020

Selangor masih tertinggi, enam kematian

 Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR

NOOR HISHAM ABDULLAH

PUTRAJAYA: Selangor melaporkan kes harian tertinggi Covid-19 iaitu 829 kes diikuti Sabah sebanyak 532 kes dan Kuala Lumpur, 132 kes.

Sehingga kini, terdapat 123 kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), iaitu 63 kes memerlukan bantuan pernafasan dengan enam kes kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 1,810 kes positif baharu yang menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 80,309 kes.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 12, 734 kes dan enam kluster baharu dikesan.

“Bagi kes sembuh pula, sebanyak 937 dengan jumlah kumulatif sebanyak 67,173 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: