Bernama
MOHAMMAD
MENTEK: Kementerian Komunikasi dan Multimedia boleh
menggunakan
platform NGO yang meluas untuk menyampaikan maklumat yang
tepat dan
sahih. -Bernama
PUTRAJAYA:
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) melihat pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) sebagai platform penting yang mampu menyampaikan maklumat
tepat dan sahih kepada masyarakat serta menyokong usaha membendung
penyebaran berita palsu, kata Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Mohammad
Mentek.
Beliau berkata KKMM boleh
menggunakan platform NGO yang meluas untuk menyampaikan maklumat yang
tepat, sahih dan boleh dipercayai kepada masyarakat berbilang kaum,
serta memberi kesedaran tentang keburukan berita palsu yang boleh
menjejaskan kestabilan negara, keamanan dan ketenteraman awam.
"Perlu
ada komunikasi strategik...kita (KKMM) boleh guna platform NGO untuk
menyampaikan maklumat yang diterima dan disebarkan melalui NGO supaya
maklumat itu adalah tepat dan boleh dipercayai.
"Dengan
sokongan NGO, boleh membantu KKMM menyebarkan maklumat tepat dan sahih
serta disebarkan secara meluas sehingga ke peringkat akar umbi," katanya
kepada media selepas menerima kunjungan Pengerusi NGO Antarabangsa
Datuk Dr Mustapha Ahmad Merican di KKMM di sini pada Jumaat.
Mengalu-alukan
peranan NGO membantu kerajaan menyebarkan maklumat sahih, Mohammad
berkata NGO boleh merujuk kepada KKMM jika maklumat yang diterima
diragui kesahihannya, selain platform Radio Televisyen Malaysia (RTM)
dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang menyalurkan
maklumat tepat dan sahih.
Sementara itu, Mustapha berkata NGO Antarabangsa banyak dirujuk pihak luar negara termasuk pelabur mengenai Malaysia.
"NGO
Antarabangsa menjadi rujukan oleh pihak luar untuk datang ke negara dan
kita perlu ada kesepakatan mencari jalan penyelesaian supaya isu
penyebaran maklumat palsu dapat diatasi pada masa akan datang," katanya.
Mustapha
baru-baru ini dinobatkan sebagai penerima Anugerah Utama Semarak Cinta
Rasul SAW 1442H/2020M sempena Maulidur Rasul 2020 atas sumbangan beliau
dalam kegiatan NGO.
Antara kejayaan
beliau ialah terlibat dalam rundingan diplomatik dan hubungan
persahabatan untuk pembebasan 47 tahanan rakyat Malaysia dari Penjara
Kemboja pada Februari 2019.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan