Umavathi Ramayah
Nik
Ezanee Mohd Faisal berkata, berdasarkan siasatan awal, kesemua dadah
itu
boleh dibekalkan kepada lebih 3,000 penagih. - Gambar IPD Petaling
Jaya.
PETALING JAYA:
Seorang remaja berusia 19 tahun adalah antara empat individu yang
ditahan polis dalam dua serbuan berasingan kerana dipercayai terlibat
dalam aktiviti pengedaran dadah di kawasan Petaling Jaya sejak dua tahun
yang lalu.
Turut dirampas ialah tiga
bungkusan lutsinar mengandungi tiga kilogram (kg) ketulan mampat disyaki
dadah jenis ganja bernilai RM15,000.
Ketua
Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal
berkata, berdasarkan siasatan awal, kesemua dadah itu boleh dibekalkan
kepada lebih 3,000 penagih.
Menurutnya, saringan ujian air kencing yang dilakukan ke atas suspek mendapati kesemua mereka positif dadah.
Beliau berkata, dalam serbuan pertama di kawasan Bandar Damansara Perdana, polis menahan dua individu berusia 19 dan 23 tahun.
"Selain
sebuah motosikal jenis Yamaha LC, kita turut merampas satu bungkusan
lutsinar mengandungi ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja anggaran
satu kilogram bernilai RM5,000," katanya dalam kenyataan di sini, pada
Selasa.
Dalam pada itu, dalam serbuan
kedua, Nik Ezanee berkata, polis menahan dua lelaki tempatan berusia 33
dan 34 tahun di Sungai Way.
Katanya,
hasil pemeriksaan di dalam kereta suspek, polis menjumpai dua bungkusan
plastik lutsinar mengandungi ketulan mampat daun-daun kering disyaki
dadah seberat dua kilogram bernilai RM10,000.
"Siasatan awal mendapati, kereta Kia Picanto yang digunakan suspek itu disewa menerusi aplikasi mudah alih Socar," katanya.
Beliau
berkata, kesemua mereka ditahan reman selama tujuh hari bagi siasatan
mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dijalankan.
Jika
disabit salah, mereka boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara
seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 15 kali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan