Selasa, 15 Disember 2020

Mohon Sarawak singkat tempoh kuarantin 14 hari

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan memohon Sarawak untuk melonggarkan syarat kuarantin 14 hari yang dilaksanakan ketika ini untuk sambutan Krismas.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia bagi memberi peluang rakyat negeri itu pulang menyambut Hari Krimas tidak lama lagi.

Katanya, pengurangan tempoh kuarantin itu juga dilihat dapat memudahkan urusan guru dari Semenanjung untuk ke negeri itu.

"Ramai yang mengadu kepada kerajaan dan berharap prosedur operasi standard (SOP) di negeri berkenaan dapat dilonggarkan.

"Kita faham kuarantin 14 hari dikenakan terhadap individu dari Semenanjung untuk masuk ke negeri itu bagi mengekang penularan COVID-19 terutama di kawasan pedalaman.

"Kita berharap kerajaan Sarawak dapat membuat pengumuman mengenai permohonan itu," katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP, hari ini.

Tiada ulasan: