Bernama
Kelengkapan
itu diperlukan kerana mereka bukan sekadar terlibat dalam
pelbagai
operasi seperti Ops Benteng, tetapi turut mengawal sempadan
negara yang
lebih berisiko tinggi. -Gambar fail
KLUANG:
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Polis
Diraja Malaysia sedang berusaha mendapatkan peruntukan bagi menggantikan
baju kalis peluru milik jabatan itu yang kini sudah berusia lebih 10
tahun.
Pengarahnya Datuk Seri Abdul Rahim
Jaafar berkata ketika ini terdapat kira-kira 12,000 anggota Pasukan
Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin (PPM) yang memerlukan
kelengkapan berkenaan.
Beliau
berkata kelengkapan itu diperlukan kerana mereka bukan sekadar terlibat
dalam pelbagai operasi seperti Ops Benteng, tetapi turut mengawal
sempadan negara yang lebih berisiko tinggi.
"Kita
akan bincang dengan kerajaan untuk mendapatkan peruntukan, dijangka
hujung bulan ini kita akan dapatkan harga untuk baju kalis peluru
berkenaan, ia turut melibatkan kelengkapan lain seperti teropong
penglihatan malam serta beberapa kenderaan untuk melancarkan operasi
membanteras jenayah," katanya.
Beliau
berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan ke Mes
Pegawai Kanan Batalion 5 PGA di Simpang Renggam di sini, hari ini, dan
turut hadir ialah Timbalan Pengarah JKDNKA (PGA), Datuk Kasuahdi Ali;
Komander Briged Tengah PGA, SAC Muhammad Abdul Halim serta Pegawai
Pemerintah Batalion 5 PGA, Supt Dimin Awang.
Sementara
itu, Abd Rahim berkata dalam tempoh awal tahun hingga 3 Dis lepas, PGA
Briged Tengah telah berjaya melakukan 157 serbuan, menahan 511 orang dan
merampas pelbagai jenis barangan bernilai RM32.8 juta.
"Semua
serbuan disiasat di bawah Akta Imigresen 1963, Akta Kastam 1967, Akta
Dadah Berbahaya 1952, Akta Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran
2007, Akta Pemulihan Hidupan Liar 2010, Akta Perhutanan 1984/89, Akta
Bahan-bahan Kakisan dan Letupan 1958 serta Akta Perikanan 1985 dan Akta
SPRM.
"Kami juga berharap orang ramai
dapat membantu polis dalam menghulurkan sebarang maklumat terutamanya
berkaitan dengan pencerobohan bagi memastikan negara tidak dicerobohi
mana-mana elemen melibatkan aktiviti penyeludupan," katanya.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan