Khamis, 24 Disember 2020

Polis buru suspek bunuh wanita Indonesia di Klang

KLANG: Polis sedang mengesan suspek yang terbabit dengan kes seorang wanita warganegara Indonesia ditemui dalam keadaan separuh bogel dengan kesan tikaman di leher, hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mangsa dipercayai dalam lingkungan 20-an ditemui hanya memakai t-shirt , dan berlumuran darah akibat kesan tikaman.

"Mayat ditemui dalam keadaan berlumuran darah di dalam bilik di tingkat satu rumah kedai dekat Taman Seri Andalas di sini.

"Polis menerima panggilan dari rakan mangsa pada jam 2.05 petang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.

"Pemeriksaan pada badan mangsa dapati terdapat kesan tikaman di bahagian leher sebelah kiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shamsul Amar berkata mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: