Bernama
Nik Ezanee berkata kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan bagi
cubaan merompak. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Polis sedang memburu dua suspek yang terlibat dalam kes cubaan ragut
bermotosikal ketika menunggu lampu isyarat di Bandar Sri Damansara pada
Sabtu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya
Nik Ezanee Mohd Faisal berkata kejadian itu telah dirakam netizen
menerusi kamera yang dipasang pada sebuah kereta.
"Suspek
telah memecahkan tingkap kereta di sebelah penumpang bagi meragut beg
tangan mangsa tetapi gagal apabila mangsa sempat memegang beg tangannya
dan suspek terus melarikan diri.
"Mangsa
seorang wanita berumur 47 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan
namun kerugian akibat tingkap keretanya yang dipecah," katanya pada
Bernama semalam.
Beliau
berkata kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan bagi cubaan
merompak yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda,
jika disabit kesalahan.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan