Bernama
Abd
Khalid (tiga, kanan) bersama anggotanya membuat serbuan operasi ke atas
loteri awam haram di sekitar Subang Jaya, 13 Dis, 2020. --fotoBERNAMA
SUBANG JAYA:
Polis membongkar kegiatan loteri haram yang berselindung di tapak sewa
dalam kedai telefon bimbit dan elektronik selepas menahan sembilan
individu termasuk tujuh warga asing dalam operasi di empat premis di
sini semalam.
Ketua Polis Daerah Subang
Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata daripada tujuh warga asing itu, tiga
adalah wanita warga Indonesia pekerja pusat loteri haram berkenaan,
manakala tiga lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki Myanmar yang
ditahan merupakan pelanggan.
Beliau
berkata kesemua enam lelaki dan tiga wanita berumur antara 20 dan 47
tahun itu direman selama empat hari, dan kes disiasat di bawah Seksyen
4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda
tidak melebihi RM200,000 atau lima tahun penjara jika disabit kesalahan.
"Bagi
mengelak dikesan pihak berkuasa, mereka menggunakan taktik berpindah
dari satu kedai ke kedai lain yang disewa dalam tempoh dua hingga tiga
bulan. Kedai yang selalu digunakan adalah kedai telefon bimbit dan
elektronik.
“Serbuan
dilakukan kira-kira 4.30 petang hari ini ke atas tiga premis di dalam
kedai telefon bimbit di Subang Perdana Court 10, USJ 3 serta sebuah
kedai komputer riba di Pangsapuri Angsana Taman Subang Mewah,” katanya
pada sidang media selepas tamat operasi tersebut di Subang Perdana Court
10 di sini semalam.
“Polis turut
merampas wang tunai sebanyak RM1,759, masing-masing empat unit mesin
pencetak dan telefon bimbit serta 41 kertas nombor loteri awam haram,”
katanya.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan