Jumaat, 4 Disember 2020

Maria Chin diarah tunjuk sebab tuduhan tak hormat mahkamah syariah .

Maria Chin Abdullah berdepan masalah kerana mengkritik keputusan mahkamah 
syariah memenjarakan bekas isteri pengerusi kumpulan Naza.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, yang kini berdepan masalah kerana mengkritik keputusan mahkamah syariah yang memenjarakan bekas isteri Pengerusi Kumpulan Naza, SM Faisal SM Nasimuddin, diperintah menunjukkan sebab penghinaan.

Barisan tiga hakim di Mahkamah Rayuan Syariah dipengerusikan Amran Mat Zain menolak permohonannya untuk melanjutkan tempoh untuk mencabar perintah Mahkamah Tinggi memberi izin kepada Faizal memulakan prosiding penghinaan.

Peguam Akberdin Abdul Kadir, yang mewakili Faisal berkata, hakim memerintahkan Maria mengemukakan alasan di Mahkamah Tinggi Syariah tanpa melengahkannya.

“Dia juga diperintahkan untuk membayar kos RM6,000 kepada Faisal,” katanya kepada FMT.

Barisan hakim lain ialah Othman Ibrahim dan Mohamad Shakir Abdul Hamid.

Faisal dan Maria hadir di mahkamah untuk mengikuti prosiding hari ini .

Maria enggan memberi komen dan mengatakan dia akan menyerahkan kepada peguam untuk memberi nasihat mengenai tindakan selanjutnya.

Pada 4 September 2019, bekas isteri Faisal, Emilia Hanafi, dijatuhi hukuman penjara tujuh hari kerana menjadualkan semula tarikh lawatan secara sebelah pihak untuk anak-anaknya bersama bapa mereka.

Dia diikat jamin RM5,000 sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah.

Pasangan itu bercerai pada 2016, dengan Emilia mengekalkan hak penjagaan penuh ketiga-tiga anak mereka – Fawwaz, Faiz dan Farhan – dan Faisal diberikan hak lawatan.

Keesokannya Maria mengeluarkan kenyataan, sistem perundangan syariah masih mendiskriminasi wanita Islam.

Pada 14 Oktober, Hakim Mahkamah Tinggi Fouzi Mokhtar memutuskan kenyataan Maria menjatuhkan reputasi mahkamah.

Tiada ulasan: