Selasa, 1 Disember 2020

Kerana cincin, jari patah dan kulit tersiat

Oleh KHAIRUL MOHD ALI

    KEADAAN jari mangsa yang mengalami kecederaan patah jari dan kulit tersiat selepas cincin dipakainya tersangkut.

JOHOR BAHRU: Kerana cincin, seorang lelaki terpaksa menanggung kesakitan selama kira-kira 30 minit selepas jari manisnya patah manakala kulitnya pula tersiat.

Mangsa yang berusia 23 tahun mengalami kecederaan itu selepas cincin yang dipakainya tersangkut ketika ingin turun daripada sebuah lori.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Khairul Azhar Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan Wad Kecemasan Hospital Sultan Ismail pada pukul 3.39 petang, hari ini.

Menurutnya, 12 anggota beserta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau dikejar ke lokasi.

“Anggota mendapati kejadian berkenaan telah menyebabkan jari manisnya patah, selain kulitnya tersiat selepas cincin dipakainya tersangkut ketika mangsa mahu turun dari lori.

“Sehubungan itu, anggota telah menggunakan satu alat pemotong khas untuk memotong cincin berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, operasi itu kemudiannya ditamatkan pada pukul 4.34 petang. -UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: