Rabu, 23 Disember 2020

Kanak-kanak maut dirempuh 4WD .

Oleh Mohd Amin Jalil
Sofiya Umairah maut selepas dirempuh 4WD ketika melintas jalan di Kilometer 8 Jalan Kuala Pilah-Rembang Panas, Kuala Pilah. - Foto ihsan pembaca
Sofiya Umairah maut selepas dirempuh 4WD ketika melintas jalan di Kilometer 8 Jalan Kuala Pilah-Rembang Panas, Kuala Pilah. - Foto ihsan pembaca

KUALA PILAH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas dirempuh kenderaan ketika melintas jalan di Kilometer 8 Jalan Kuala Pilah-Rembang Panas, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, berkata kejadian berlaku jam 10.50 pagi dan mangsa, Sofiya Umairah Ab Rahman, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa cuba melintas jalan menuju rumah ibu saudaranya, sebelum dirempuh pacuan empat roda (4WD) dari arah Bahau menuju Seremban.

"Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak ke bahu kiri jalan dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada kepala.

"Mayat kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini, untuk bedah siasat," katanya mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tiada ulasan: