Sabtu, 19 Disember 2020

Kakitangan Kementerian Sumber Manusia dijangkiti Covid-19

 Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM

BANGUNAN Blok D3 dan D4 Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya disanitasi berikutan terdapat kes kakitangan dijangkiti Covid-19.

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia memaklumkan terdapat kes kakitangan kementerian itu disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.

Menerusi kenyataan kementerian berkenaan, susulan itu, proses sanitasi dan disinfeksi dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat di ruang pejabat di Blok D3 dan D4 bangunan kementerian di Putrajaya, semalam.

Sebagai langkah tambahan, katanya, proses saringan Covid-19 juga dilaksanakan hari ini terhadap pegawai-pegawai kementerian yang dikategorikan sebagai kontak rapat.

“Kementerian akan terus memantau perkembangan terkini Covid-19 serta memperketat langkah-langkah pencegahan melalui kerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk memastikan penularan wabak itu dapat dibendung,” katanya hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: