SKANDAL pertukaran asing (Forex) bernilai RM33 bilion didakwa dilakukan bekas Perdana Menteri ke-4 dan 7, Tun Dr. Mahathir Mohamad dipercayai memberi kesan jangka pendek dan panjang kepada negara.
Kesan itu dipercayai merupakan faktor negara terjebak dengan krisis ekonomi Asia pada 1997.
Selain itu, skandal itu juga menyebabkan kerajaan terpaksa melepaskan pemilikan saham dalam Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM).
Malah, salah laku itu turut dipercayai menjadi sebab kepada penswastaan syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (Mas).
Sebelum itu, Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan pemegang saham terbesar Mas sebelum syarikat tersebut diswastakan pada 1994.
BACA > BERSATU kini bankrap politik, jalan keluarnya PRU-15 – Nur Jazlan — Suara Merdeka
“Ramai anak muda Malaysia tak sedar tentang kerosakan jangka masa panjang terhadap negara akibat skandal forex masa PM4 ini.
“Selain menurunkan rizab asing negara sehingga kita menjadi antara negara sasaran dalam krisis eknomomi Asia tahun 1997.
“Skandal ini juga telah membawa kepada kerosakan Mas dan mengakibatkan kerajaan terpaksa melepaskan pemilikan saham Tenaga Nasional dan Telekom.
“Pada tahun 1994, BNM yang merupakan pemegang saham terbesar terpaksa menswastakan MAS kepada tangan swasta.
“Pembeli MAS sudahpun mendedahkan bahawa Perdana Menteri keempat suruh dia beli Mas untuk bantu tutup sebahagian wang BNM yang lesap.”
Kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Facebooknya hari ini mendedahkan skandal Forex dipercayai dilakukan oleh Dr. Mahathir.
BACA > Wanita PKR Johor pula umum keluar parti — Suara Merdeka
Tambah Najib, sebuah siasatan diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat aktiviti Forex oleh Ahli Parlimen Langkawi itu.
Katanya, Dr. Mahathir memberikan jawatan lupa tidak tidak mengetahui sekiranya terdapat aktiviti Forex dijalankan oleh BNM.
“Semasa disoal Panel RCI, PM4 (Dr. Mahathir) menjawab bahawa dia tak tahu BNM menjalankan aktiviti Forex, dia tak ingat berapa kerugian skandal Forex.
“kerana tiada siapa yang beritahu dia BNM jalankan aktiviti Forex walaupun dia Perdana Menteri dan rizab negara yang hilang sebanyak RM33 bilion merupakan 20 peratus dari jumlah saiz ekonomi negara masa itu.
“Kesemua ini terkandung dalam laporan rasmi RCI forex yang telahpun dibentang dalam parlimen pada tahun 2017.
“Oleh sebab PM4/7 telah gagal tiga kali dalam mahkamah untuk batalkan laporan RCI, kerajaan PH pun tarik balik laporan polis dibuat oleh Suruhanjaya Diraja,” jelasnya.
Dalam pada itu, Najib turut mempersoal prinsip Pakatan Harapan ketika menjadi kerajaan kerana membiarkan skandal ini tergantung dan ditarik balik daripada siasatan.
“Entah kenapa tiada seorang pemimpin PH pun yang kononnya telus dan ikut ‘rule of law’ pernah bantah langkah Suruhanjaya diRaja tarik balik laporan polis yang disyorkan laporan RCI dan Parlimen.
“Sehingga kini, tiada seorang pun pernah didakwa dalam skandal paling besar negara ini dan satu sen pun wang yang dihilang tak pernah dikembalikan.
BACA > Zahid Hamidi: Dari Budak Kampung Ke Putrajaya… — Suara Merdeka
“Kita masih belum tahu secara rasmi siapa yang luluskan, wang yang lesap sudah mengalir kepada pihak mana dan siapa yang menyorok skandal ini dari kabinet dan parlimen masa itu,” ujarnya. – SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan