MENTERI Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba menerima kunjungan hormat Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali di kementerian beliau di Putrajaya semalam.
Kunjungan hormat itu bertujuan membincangkan kerjasama antara kerajaan Malaysia dan Palestin dalam bidang kesihatan serta mengeratkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara.
Hadir sama Ketua Penasihat Kedutaan Palestin, Sofian Al Khalidi dan Setiausaha Peribadi kepada Duta Besar Palestin dan kepimpinan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).-SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan