Jumaat, 26 Jun 2020

Industri pelancongan dijangka pulih pertengahan 2021, kata menteri

KUCHING: Menteri Pelancongan, Kesenian, dan Kebudayaan, Nancy Shukri menjangkakan industri pelancongan akan meningkat pada suku kedua atau ketiga tahun depan, dengan beberapa strategi disusun untuk membantu pemulihannya.

Bercakap kepada FMT selepas majlis makan malam bersama Kementerian Pelancongan, Kesenian, dan Kebudayaan Sarawak semalam, beliau berkata pelancong mesti diyakinkan tentang norma baru pasca-pandemik, mengatakan Malaysia diketahui mengamalkan tatacara operasi standard yang baik.

“Kita juga sudah mengenalpasti negara zon hijau untuk Malaysia buka sempadannya pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata perbincangan dengan diadakan dengan pemimpin negara, dan rakyat menunggu kebenaran daripada mereka.

“Ia bukanlah mengenai kita tidak mahu buka sempadan negara,” katanya. “Mesti ada persetujuan antara Malaysia dan negara lain.”

Beliau bercakap tentang membantu Sarawak meningkatkan industri pelancongannya.

“Sarawak banyak menyumbang kepada negara, terutama minyak dan gas, jadi lebih banyak bantuan perlu diberikan,” katany

She also spoke of assistance for Sarawak in boosting its tourism industry, jadi memang patut diberi lebih banyak bantuan,” katanya, dan menambah kementeriannya sedang berusaha ke arah itu dengan rakan sejawat.

Beliau berkata perbincangan sedang berjalan mengenai menyertai semula Lembaga Pelancongan Malaysia, tetapi ia masih di peringkat tidak rasmi.

Sarawak menarik diri daripada lembaga itu pada 2017 selepas tidak bersetuju dengan kerajaan persekutuan berhubung cukai pelancongan.

Menteri Pelancongan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata beliau membincangkan perkara itu dengan Ketua Menteri Abang Johari Openg, dan prospeknya nampak baik.

Beliau juga menggesa Putrajaya mengkaji semula perubahan pada undang-undang berkenaan pelancongan, mengatakan tiada rundingan dengan Sarawak semasa industri itu dimasukkan ke senarai persekutuan pada 1994.

Beliau berkata pelancongan harus diletakkan bawah bidang kuasa kerajaan negeri, dan perlu dikaji oleh kerajaan persekutuan dan negeri.

“Ia tidak boleh sepenuhnya bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.”

Tiada ulasan: