DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF
MEREKA yang biasa mengikuti perkembangan saya sejak
beberapa tahun kebelakangan ini pasti mengingati peristiwa hampir tiga
tahun lalu di mana saya telah menegur pemimpin DAP, Hannah Yeoh, kerana,
melalui bukunya bertajuk “Becoming Hannah”, mendedahkan betapa beliau
menggunakan jawatan politik beliau “to preach at churches, to world leaders and to young people” dan betapa beliau “aims to bring Christian faith and service to the public sphere”.
Berikutan
teguran saya dan episod-episod selanjutnya, saya telah ditempelak,
dituduh, dihina dan diburuk-burukkan oleh pelbagai pihak, khususnya
daripada pimpinan DAP, kerana kononnya bodoh, ekstremis dan tidak layak
bergelar pensyarah universiti awam seperti Universiti Utara Malaysia
(UUM).
Saman fitnah terhadap Dr Arifin Omar Berikutan
itu juga, saya telah mengumumkan mahu mengambil saman fitnah terhadap
salah seorang daripada mereka, iaitu Dr Arifin Omar, yang pada ketika
itu merupakan Senator DAP dari Pulau Pinang di atas penerbitan sebuah
artikel bertajuk “Dr Ariffin Omar nasihati Kamarul supaya guna akal” di
dalam laman web dan
page RoketKini serta artikel lain bertajuk “Senator DAP nasihati Kamarul supaya guna akal” di dalam laman web dan
page MalaysiaKini.
Saya
telah menyebut pada waktu itu bahawa kenyataan Senator DAP dari Pulau
Pinang ini mengandungi beberapa kenyataan berunsur fitnah seperti
berikut terhadap saya:
(i) “Senator DAP, Dr Ariffin Omar hari ini
menempelak tuduhan semberono pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM)
Dr Kamarul Zaman Yusoff yang mendakwa kononnya barisan kepimpinan baru
DAP mengukuhkan lagi dakwaan kononnya DAP mempunyai agenda
Kristianisasi.”
(ii) “Menurutnya, beliau tidak hairan
sekiranya mutu akademik institusi pendidikan di negara ini merosot
memandangkan wujud sebilangan ahli-ahli akademik negara ini berfikiran
seperti pensyarah berkenaan.”
(iii) “Sebelum dia (Dr Kamarul) buka mulut, elok dia fikir dulu sebelum bercakap – elok baca balik Perlembagaan DAP.”
(iv)
“Dia ni tak ada kerja lainkah? Nak cari pasal pun carilah yang munasabah sikit. Adakah ini tahap ahli akademik kita?” Saya telah menegaskan pada waktu itu bahawa kenyataan berunsur fitnah tersebut membawa maksud dan difahami bahawa:
(i) Saya adalah seorang ahli akademik yang suka membuat tuduhan semberono.
(ii) Saya adalah seorang ahli akademik yang menjadi punca mutu akademik institusi pendidikan di negara ini merosot.
(iii) Saya adalah seorang ahli akademik yang tidak berfikir dan tidak menggunakan akal sebelum bercakap atau menulis.
(iv) Saya adalah seorang ahli akademik bertahap rendah yang suka menimbulkan isu yang picisan dan tidak munasabah.
Lanjutan
dari itu, saya telah mengarahkan peguam saya pada ketika itu
menyampaikan surat tuntutan kepada Dr Arifin Omar berikutan fitnah
beliau terhadap saya seperti di atas tetapi ia malangnya telah gagal
disampaikan kepada beliau.
Saya juga pernah menyatakan hasrat
saya untuk menyaman beberapa lagi individu tertentu yang membuat fitnah
terhadap saya tetapi kesibukan jadual saya sebagai pensyarah tidak
mengizinkan saya berbuat demikian hingga kini.
Hari ini saya
ingin mengumumkan bahawa selain dari melantik seorang peguam baru untuk
meneruskan tindakan saman fitnah terhadap Dr Arifin Omar saya juga telah
mengarahkan peguam baru saya ini untuk memulakan prosiding saman fitnah
terhadap empat (4) lagi pemimpin DAP, iaitu Lim Kit Siang, Teresa Kok,
Chong Chieng Jen dan Lim Lip Eng.
Saya tahu bahawa
fitnah-fitnah, cemuhan-cemuhan, tuduhan-tuduhan tidak berasas dan
penghinaan-penghinaan yang dilemparkan terhadap saya pada ketika itu dan
pada tempoh selanjutnya tidaklah terhad kepada lima (5) individu ini
sahaja dan masyarakat umum mengetahui bahawa saya juga telah difitnah
oleh ramai lagi individu lain pada ketika itu.
Saya tidak
menolak kemungkinan mengarahkan peguam saya memperluaskan lagi tindakan
saman fitnah ini untuk merangkumi individu-individu lain yang pernah
membuat fitnah-fitnah, cemuhan-cemuhan, tuduhan-tuduhan tidak berasas
dan penghinaan-penghinaan terhadap saya.
Saman fitnah terhadap Lim Kit Siang Saman
fitnah saya terhadap Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Iskandar Puteri,
adalah berpunca daripada penerbitan sebuah artikel bertajuk “Kamarul
Zaman’s police report against Hannah Yeoh raises the question whether he
is fit and proper to be a lecturer of plural Malaysia’s public
university” di dalam laman web dan page Lim Kit Siang dan DAP Malaysia, artikel lain bertajuk “Kamarul Zaman, bukti kegagalan wasatiyyah Najib” di dalam laman web dan page RoketKini, artikel lain bertajuk “Is Kamarul Zaman fit to be a lecturer of a public university?” di dalam laman web dan page MalaysiaKini, artikel lain bertajuk “Attack on Hannah Yeoh puts education in spotlight, Kit Siang claims” di dalam laman web dan page Malay Mail serta artikel lain bertajuk “Hannah tidak pernah berbincang tentang agenda Kristian, kata Kit Siang” di dalam laman web dan page MalaysiaDateLine, semuanya pada 18 Mei 2017.
Di dalam artikel-artikel ini, Lim Kit Siang telah:
(i) Mempersoalkan kewajaran dan kelayakan saya menjadi pensyarah “universiti awam Malaysia yang plural” dengan kenyataan “Kamarul
Zaman Yusoff’s false and malicious police report against Selangor State
Assembly Speaker and DAP assemblyperson for Subang Jaya, Hannah Yeoh,
accusing her of proselytisation of Muslims with the publication of her
autobiography ‘Being Hannah’, raises the question whether he is fit and
proper to be a lecturer of plural Malaysia’s public universities.”
(ii)
Menegaskan bahawa laporan polis saya terhadap Hannah Yeoh berikutan
bukunya Becoming Hannah adalah tidak benar dan berniat jahat dengan
kenyataan “It is unimaginable that Yeoh’s autobiography on her
personal journey to be a good Christian so as to be a good Malaysian
would have caused objections, let alone be the subject of a false and
malicious police report of proselytisation to Muslims, in the first five
decades of our nationhood.”
(iii) Menyimpulkan bahawa saya seterusnya akan mencadangkan pengharaman Bible di negara ini dengan kenyataan “Kamarul
Zaman complains that Yeoh’s book had too many verses and quotes from
the Bible. Will he next call for the banning of the Bible?”
(iv)
Menyatakan bahawa laporan polis saya terhadap Hannah Yeoh ketika itu
adalah bukti bahawa wasatiyyah gagal dipromosikan di Malaysia dengan
kenyataan “Kamarul Zaman’s police report is proof of the failure to promote ‘wasatiyyah’ (moderation) in Malaysia…”
(v) Menyimpulkan bahawa saya tidak mengamalkan toleransi agama, bersifat ekstrimis dan menyebabkan ketegangan dengan kenyataan
“Is
the Najib cabinet prepared to halt such religious intolerance,
extremism and polarisation in Malaysia and place the subject as a top
agenda at its meeting…” Kesemua kenyataan Lim Kit Siang ini membawa maksud dan difahami bahawa:
(i)
Saya tidak wajar menjadi dan tidak mempunyai kelayakan dan kesesuaian
untuk menjadi pensyarah di universiti-universiti awam di Malaysia.
(ii) Saya membuat laporan polis dengan bertujuan tidak benar serta berniat jahat.
(iii) Saya menyekat kebebasan beragama penganut Kristian dengan sanggup dan akan mencadangkan pengharaman Bible.
(iv) Saya membuat laporan polis adalah disebabkan saya tidak bersifat wasatiyyah dan tidak sederhana dalam tingkah laku saya.
(v) Saya tidak mengamalkan toleransi agama, bersifat ekstrimis dan menjadi punca ketegangan antara kaum di Malaysia.
Saman fitnah terhadap Teresa Kok Saman fitnah saya terhadap Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh, adalah berpunca daripada penerbitan sebuah posting di dalam
page Facebook
Teresa Kok pada 17 Mei 2017 serta sebuah artikel bertajuk
“Proselytization claim against Hannah Yeoh can be best described with
the Chinese proverb “欲加之罪, 何患無辞 (yu jia zhi zui, he huan wu ci)”” di
dalam laman web dan
page DAP Malaysia pada 18 Mei 2017.
Di dalam posting ini, Teresa Kok telah:
(i) Menyatakan bahawa saya gila dan merbahaya dengan kenyataan
“This
UUM lecturer is mad. Who ask him to buy and read Hannah Yeoh’s book? If
this book will shaken his faith toward his own religion, then he should
not read it. This is dangerous, one day he might lodge police report
against Bibles or any religious materials sold in the bookshop. There
will be no end to it.” Di dalam artikel bertajuk ini pula, Teresa Kok telah:
(i) Menyatakan bahawa saya ingin kondem Hannah Yeoh dengan mereka-reka cerita palsu dengan kenyataan “Universiti
Utara Malaysia’s (UUM) Malaysian Institute for Political Studies
director Kamarul Zaman Yusoff’s allegation that the autobiography of
Selangor assembly speaker Hannah Yeoh attempted to “coax, influence and
instigate” non-Christians to convert or deepen their interest in
Christian teachings can be best described with the proverb “欲加之罪, 何患無辞””
dengan terjemahannya sendiri bahawa peribahasa Cina欲加之罪, 何患無辞 (yu jia
zhi zui, he huan wu ci) bermakna sekiranya seseorang ingin kondem orang
lain maka dia akan mereka-reka cerita palsu terhadapnya dengan maksud
saya adalah orang yang mereka-reka cerita palsu terhadap Hannah Yeoh.
(ii) Menyatakan bahawa saya tidak tahu membuat hujahan dan tidak logik dalam hujahan saya dengan kenyataan “If
Kamarul’s argument or logic can be accepted, does it mean that any
books or DVDs on other non-Islamic faith that are sold in the bookshops
will be seen as propagating their non-Islam religion to Muslims?”
(iii) Menyatakan bahawa saya tidak sesuai atau tidak layak untuk terus menjadi pendidik dengan kenyataan “Being
a university lecturer, Kamarul’s narrow and extreme way of looking at
Hannah’s book makes one wonder if he is suitable to continue to be an
educationist.”
(iv) Menyimpulkan bahawa saya melarang penganut
agama-agama bukan Islam daripada bercakap mengenai agama mereka dengan
kenyataan
“Kamarul should be reminded that the federal constitution
guarantees freedom of religion and no one should be forbidden to talk
about his or her own religion.” Kesemua kenyataan Teresa Kok ini membawa maksud dan difahami bahawa:
(i) Saya gila dan merbahaya.
(ii) Saya ingin kondem Hannah Yeoh dan oleh itu mereka-reka dan menjaja cerita palsu terhadap Hannah Yeoh.
(ii) Saya tidak tahu membuat hujahan dan tidak logik dalam hujahan saya sebagai ahli akademik.
(iii) Saya tidak sesuai atau tidak layak untuk terus menjadi pendidik atau ahli akademik.
(iv)
Saya menyekat kebebasan beragama penganut agama-agama bukan Islam
dengan melarang mereka bercakap mengenai agama-agama mereka.
Saman fitnah terhadap Chong Chieng Jen Saman
fitnah saya terhadap Chong Chieng Jen, Ahli Parlimen Stampin, adalah
berpunca daripada penerbitan sebuah artikel bertajuk “DAP Sarawak
condemns the act of religious bigotry by Kamarul Zaman Yusoff” di dalam
laman web dan page DAP Malaysia, artikel lain bertajuk “Mujurlah penyokong Kamarul Zaman bukan dalam Pakatan Harapan – Chieng Jen” di dalam laman web dan page RoketKini serta artikel lain bertajuk “East M’sia DAP leaders: Attacks on Yeoh sign of increasing intolerance” di dalam laman web dan page MalaysiaKini, semuanya pada 18 Mei 2017.
Di dalam artikel-artikel ini, Chong Chieng Jen telah:
(i) Menyatakan bahawa laporan polis saya akan menyekat kebebasan beragama di Malaysia dengan kenyataan “If
Kamarul’s reason for lodging the police report can constitute a ground
for investigation and prosecution, then all books containing teaching of
any religion other than Islam will be made equally culpable. That will
spell the death of Freedom of Religion in Malaysia.”
(ii)
Menyatakan bahawa saya adalah pelampau agama dan oleh itu tidak sesuai
atau tidak layak menjadi pensyarah di universiti-universiti di Malaysia
serta akan menggunakan kedudukan saya sebagai pensyarah untuk menjadikan
generasi muda tidak toleran terhadap agama-agama lain dengan kenyataan “DAP
Sarawak is also of the view that a religious bigot like Kamarul Zaman
Yusoff is an unfit person to teach in a university in Malaysia. Not only
is his bigotry act a shame to a multi-racial country of ours, but he,
as a lecturer, will influence the minds of the younger generation to be
more intolerant towards other religion.”
(iii) Menyatakan bahawa
negeri Sarawak selamat tanpa adanya saya dan saya sebagai pelampau
agama tidak menghormati kebebasan agama mereka yang bukan Muslim dengan
kenyataan “On the one hand, we feel relieved that we in Sarawak is
spared from such religious bigot. On the other hand, as Malaysians, we
regret and feel sad for the nation that there is such a person in
Malaysia, holding a lecturer post in public university, who has not any
respect for the Freedom of Religion towards non-Muslims.”
(iv)
Menyatakan bahawa saya mencetuskan ketegangan antara kaum dan memupuk
kebencian antara penganut-penganut agama dengan kenyataan “It is
thus the DAP Sarawak’s stand that the Police, instead of investigating
YB Hannah Yeoh, should launch a police investigation on Kamarul Zaman
Yusoff for inciting racial disharmony and creating hatred against
another religion.”Kesemua kenyataan Chong Chieng Jen ini membawa maksud dan difahami bahawa:
(i) Saya membuat laporan polis bertujuan untuk menyekat kebebasan beragama di Malaysia.
(ii)
Saya adalah pelampau agama dan oleh itu tidak sesuai atau tidak layak
menjadi pensyarah di universiti-universiti di Malaysia.
(iii) Saya
menggunakan kedudukan saya sebagai pensyarah di universiti awam untuk
memupuk ketegangan antara penganut agama-agama berbeza di kalangan
pelajar-pelajar universiti.
(iv) Saya adalah ancaman kepada perpaduan
antara kaum dan penganut-penganut agama berbilang kaum di negeri
Sarawak dan di Malaysia.
(v) Saya tidak menghormati hak kebebasan beragama bagi mereka yang bukan Muslim.
(vi) Saya mencetuskan ketegangan antara kaum dan menyemarakkan kebencian antara penganut-penganut agama.
Saman fitnah terhadap Lim Lip Eng Saman
fitnah saya terhadap Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Kepong, adalah berpunca
daripada penerbitan sebuah artikel bertajuk “Universiti Utara Malaysia
lecturer Kamarul Zaman Yusuf should conduct himself in a sensible and
noble manner by retracting his police report immediately and to
apologize to Hannah unreservedly” di dalam laman web dan page DAP Malaysia, artikel lain bertajuk “Kamarul Zaman perlekeh kebijaksanaan rakyat Malaysia” di dalam laman web dan page RoketKini serta artikel lain bertajuk “‘Bagaimana pula dengan Oh My God, Kamarul?’” di dalam laman web Free Malaysia Today, semuanya pada 17 Mei 2017.
Di dalam artikel-artikel ini, Lim Lip Eng telah:
(i)
Menyimpulkan bahawa laporan polis saya terhadap Hannah Yeoh adalah
disebabkan saya terencat akal dan/atau amat lemah iman sampaikan mungkin
juga membuat laporan-laporan polis terhadap pelajar-pelajar saya dan
mereka yang mendendangkan lagu-lagu Krismas di radio dan TV dengan
kenyataan “Will Kamarul make a police report when his students say
“Oh my God!” to his face? Or will he make a series of police reports in
December when he listens to Christmas songs on the radio or in TV?”
(ii)
Menyimpulkan bahawa kualiti saya sebagai pensyarah universiti amatlah
rendah hingga menyebabkan kebimbangan ramai dengan kenyataan “Many citizens are worried about the quality of our local university lecturers after Kamarul’s statement.”
Kesemua kenyataan Lim Lip Eng ini membawa maksud dan difahami bahawa:
(i)
Saya adalah seorang yang terencat akal dan/atau lemah iman hinggakan
membuat laporan polis atas sebab-sebab yang tidak munasabah.
(ii) Saya adalah seorang pensyarah universiti awam yang berkualiti amat rendah.
* DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFFUniversiti Utara Malaysia (UUM)
– HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan