Jumaat, 26 Jun 2020

Penjenayah tegar miliki 16 rekod jenayah lampau ditahan

 AZRUL RADI

SEORANG lelaki berusia 33 tahun yang mempunyai 16 rekod jenayah lampau ditahan polis di Jalan Cecawi 6/19, Seksyen 6 Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor kira-kira pukul 8.15 malam semalam.

Suspek ditahan kerana disyaki terlibat kes pecah kedai dobi di Jalan Kenyalang 11/3b, Seksyen 11, Kota Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, suspek mempunyai enam belas rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah, samun jalanan dan pecah rumah.

“Suspek turut mengaku terlibat dengan kes jenayah pecah kedai dobi di Kota Damansara dan telah menunjukkan sebuah motosikal miliknya yang digunakan semasa melakukan jenayah pecah kedai dobi.

>BACA SPRM cari 4 lelaki bantu siasatan kes rasuah

“Kita juga merampas pelbagai barang di rumah milik suspek di Jalan PJS 2C/11G Taman Sri Medan yang disyaki digunakan semasa melakukan jenayah pecah kedai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, antara barangan yang dirampas ialah sebuah telefon bimbit jenama Huawei, sebuah motosikal jenis yamaha Y15ZR dan beberapa alatan yang digunakan untuk kegiatan pecah rumah dan kedai.

TEGAR

Jelasnya, suspek telah ditahan reman selama tujuh hari dan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, pihak percaya dengan tertangkapnya suspek berjaya menyelesaikan beberapa kes pecah kedai dan rumah di sekitar Petaling Jaya. -SM

Tiada ulasan: