Selasa, 23 Jun 2020

10 tindakan biadab MCA

Ir Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad


Turut tentang pelaksanaan hukum hudud, RUU355

Berikut adalah 10 senarai kebiadapan yang dilakukan oleh MCA:

1. BERSEKONGKOL dengan DAP dalam campur tangan terhadap banyak hal ehwal umat Islam yang tidak ada kena mengena dengan masyarakat Cina serta mempersendakan cara hidup dan hukum hakam Islam secara amat jahat dan konsisten.

2. Tidak menghormati agama Islam sebagai agama persekutuan yang dilindungi Perlembagaan, serta orang Melayu sebagai pemilik asal Tanah Melayu yang bertuah ini

3. Menentang perlaksanaan hukum hudud yang khusus aplikasinya untuk umat Islam sahaja iaitu Rang Undang-Undang 355 (RUU355).

Penentangan ini dinyatakan dengan penuh sarkastik dan nada menghina agama Islam.

4. Menentang pelaksanaan pembelajaran tulisan jawi dan khat di sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.

Presiden MCA menyindir dengan penuh kebencian dengan mengatakan Timbalan Menteri Pendidikan ketika itu sebagai ‘Makcik Jawi’ dan mengajak seluruh rakyat Cina memerangi inisiatif ini.

5. Mempertahankan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang jelas bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Akta Pendidikan 1996 dan perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ia juga amat jelas menggugat keharmonian kaum dan semangat nasionalisme, yang menjadi tonggak perpaduan seluruh rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.

6. Mempertikai pemberian biasiswa kepada pelajar Palestin bagi mereka melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah di 12 universiti seperti diumumkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mei 2019.

7. Khianat dan kerap mempertikaikan keputusan dan pendirian yang dibuat oleh gabungan parti dalam Barisan Nasional sebelum ini. Contohnya dalam isu Akta Hasutan 1948.

8. Berfahaman komunisme, mengidolakan tokoh-tokoh komunis dan menyebarluaskan fahaman ekstremis ini secara senyap.

MCA secara terang-terangan membuat perjanjian dengan Parti Komunis China (CPC) untuk bekerjasama dalam bidang pendidikan, budaya, kepakaran, strategik, pembangunan kampung dan aspek lain

9. Mempersendakan tindakan UMNO dan PAS bekerjasama membentuk permuafakatan politik pada tahun 2019.

Salah satu akhbar yang merupakan lidah MCA menggelar strategi politik ini sebagai ‘perkahwinan sejenis’.

10. Senyap seribu bahasa dalam isu kebanjiran pendatang haram dari tanah besar China, kemasukan pelacur China yang kemudiannya hilang kerana gagal dikesan serta tertangkapnya pelbagai sindiket scam dan judi yang terdiri dari warga negara China tanpa kerakyatan yang sah.

Tiada ulasan: