Jumaat, 26 Jun 2020

Harga RON95, RON97 naik 10 sen

Agensi

HargaPetrolMG_27062020-681x367

KUALA LUMPUR – Harga runcit RON95 dan RON97 naik sebanyak 10 sen seliter kepada RM1.69 dan RM1.99.

Manakala diesel pula naik 9 sen seliter daripada RM1.77 seliter kepada RM1.86 seliter.

Harga terbaharu ini untuk tempoh 27 Jun hingga 3 Julai ini.

Kementerian Kewangan berkata, kenaikan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses, selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: