UMNO ONLINE
PONTIAN – UMNO tidak memandang mudah sebarang saingan yang bakal wujud
pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini,
walaupun kawasan itu adalah kubu kuat parti berkenaan, kata Setiausaha
agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan.
“Soal calon, kami serahkan kepada kebijaksanaan parti namun yang pasti
kita akan letakkan calon terbaik,” katanya sambil memaklumkan UMNO akan
memperkenalkan calon pada 18 Jun ini di Pejabat UMNO Bahagian Pekan.
PRK Chini yang ditetapkan pada 4 Julai diadakan susulan kematian
penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun yang meninggal dunia akibat
serangan jantung pada 7 Mei lepas.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, beliau yang juga calon Barisan Nasional
memenangi kerusi berkenaan dalam saingan tiga penjuru dengan majoriti
7,675 undi.
PRK ini adalah pilihan raya yang pertama dalam tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan bermula 18 Mac ekoran penularan
pandemik COVID-19. – BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan