Jumaat, 26 Jun 2020

Pelajar tak patuh penjarakan sosial di luar sekolah?

Wartawan MalaysiaGazette
MGF26062020_TINJAUAN-PELAJAR-SEKOLAH04-681x454
Segelintir pelajar yang berkerumun tanpa mematuhi arahan penjarakan sosial
ketika waktu persekolahan tamat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di
dua buah sekolah sekitar Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL

KUALA LUMPUR – Baru masuk hari ketiga sesi persekolahan di buka semula menyaksikan ada segelintir pelajar yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti digariskan kerajaan.

Tinjauan MalaysiaGazette di dua buah sekolah di ibu negara hari ini mendapati pelajar Tingkatan Lima yang tamat waktu persekolahan pada pukul 12.30 tengah hari langsung tidak mengendahkan pematuhan penjarakan sosial satu meter antara satu sama lain.

MGF26062020_TINJAUAN-PELAJAR-SEKOLAH09
Para pelajar didapati tidak mematuhi penjarakan selamat seperti
arahan KKM ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di dua
buah sekolah sekitar Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL

Sebaik melangkah keluar dari pagar sekolah, sebahagian daripada pelajar berkenaan jelas dilihat berkumpul secara beramai-ramai di tepi jalan dan tempat letak motosikal sementara menunggu dijemput penjaga masing-masing.

Ada juga yang memenuhi tempat menunggu bas dan duduk terlalu rapat tanpa menghiraukan jarak sosial.

Apa yang dibimbangkan sekiranya para pelajar ini hanya mematuhi segala SOP di dalam premis sekolah namun mengabaikannya ketika berada di luar kawasan tersebut.

MGF26062020_TINJAUAN-PELAJAR-SEKOLAH02
Pelajar-pelajar tidak mematuhi penjarakan sosial ketika berada
di luar perkarangan sekolah setelah waktu persekolahan tamat.
foto HAZROL ZAINAL

Tetapi rata-rata mereka tidak lupa untuk mengenakan pelitup muka walaupun tidak mengamalkan kedudukan jarak selamat.

Pada sesi pembukaan semula sekolah Rabu lalu, dapat dilihat kesemua sekolah mematuhi pelaksanaan SOP seperti dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sama ada di dalam kelas, bilik makmal mahupun tandas.

Namun, perkara sebaliknya berlaku sebaik sahaja loceng tamat waktu persekolahan berbunyi ketika para pelajar ingin pulang ke rumah masing-masing. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: