SALAM sejahtera. Di sini saya ingin memberi sedikit pencerahan mengenai adat atau cara mengapa masyarakat India, terutamanya yang berugama Hindu, Kalung Bunga Malai kepada pemimpin atau jemputan atau orang kenamaan.
Bunga adalah satu simbol kesucian, kebersihan, aroma, dan kecantikan untuk kaum India, di mana ia digunakan untuk semua upacara-upacara melibatkan keagamaan, perkahwinan, penghiasan diri atau rumah dan juga kematian.
Bunga yang wangi dipilih dan diikat bersama jadikan ia sebagai Kalungan Malai, tidak kena mengena dengan pemujaan. Saya ulangi, bukan untuk pemujaan.
Bunga Malai ini dikalungkan pada seseorang untuk memberi atau menunjukkan kepercayaan, kebanggaan, penghormatan dan terima kasih secara simbolik.
Ini adalah adat resam yang dibawa oleh kaum India beribu tahun di mana pada waktu itu ini adalah cara untuk kita memberi pengiktirafan kepada seseorang yang membanggakan atau melakukan sesuatu pencapaian. Contoh seperti kalung pingat kepada pemenang dalam acara sukan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan seperjuangan dalam PAS kerana meminta penjelasan dari saya mengenai adat ini. Pada waktu yang sama kepada yang tidak tahu mengenai adat kaum lain, tolong jangan politikkan dan persendakan adat seseorang hanya kerana mereka bukan berpihak pada kita.
Tolong jangan menghina seseorang untuk menunjukkan kesetiaan anda pada yang lain.
* BK. KUMARESAN -Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) KedahMR : Duit punya pasal fitnah tak apa.. itu manifesto PH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan