PEKAN : Pilihan Raya Kecil
(PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menjadi landasan kepada
Barisan Nasional (BN) untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum (PRU)
ke-15 nanti.
Menurut Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) yang juga Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, beliau yakin keputusan PRK DUN Chini pada 4 Julai depan akan melambangkan kekuatan BN dan Muafakat Nasional.
"Kita tidak pasti bila Pilihan Raya Umum (PRU15) akan diadakan, memang
khabar angin agak kencang boleh diadakan pada bila-bila masa atau tahun
ini.
"Justeru PRK DUN Chini ini boleh mengekalkan momentum telah bermula dari tanah tinggi Cameron Highlands sampailah ke kawasan kuala atau lembah di Chini ini.
"Jadi kita haraplah Pahang boleh dijadikan landasan atau negeri yang
melambangkan kekuatan BN dan juga Muafakat Nasional dan menceminkan PRK
pertama dalam tempoh kerajaan Perikatan Nasional," katanya.
Najib berkata demikian ketika ditemui dalam program calon Barisan Nasional (BN) Mohd Sharim Md Zain bersama masyarakat orang asli di Kampung Tasik Mentiga di Chini pada Khamis.
PRK DUN Chini, yang memiliki keluasan 590.23 kilometer persegi, menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Sharim Md Zain dan dua calon bebas iaitu Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli. Pengundian ditetapkan pada 4 Julai ini.
Terdapat 20,990 pemilih berdaftar terdiri daripada 20,972 pengundi biasa dan 18 pengundi awal.
Menurut Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) yang juga Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, beliau yakin keputusan PRK DUN Chini pada 4 Julai depan akan melambangkan kekuatan BN dan Muafakat Nasional.
"Justeru PRK DUN Chini ini boleh mengekalkan momentum telah bermula dari tanah tinggi Cameron Highlands sampailah ke kawasan kuala atau lembah di Chini ini.
Najib berkata demikian ketika ditemui dalam program calon Barisan Nasional (BN) Mohd Sharim Md Zain bersama masyarakat orang asli di Kampung Tasik Mentiga di Chini pada Khamis.
PRK DUN Chini, yang memiliki keluasan 590.23 kilometer persegi, menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Sharim Md Zain dan dua calon bebas iaitu Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli. Pengundian ditetapkan pada 4 Julai ini.
Terdapat 20,990 pemilih berdaftar terdiri daripada 20,972 pengundi biasa dan 18 pengundi awal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan