SHAH ALAM: Pasar pagi, pasar
terbuka, pasar malam dan bazaria di Selangor akan beroperasi secara
berperingkat bermula Isnin ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin
Shari.
Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) kekal menjadi rujukan dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan pengoperasian kesemua jenis pasar terbabit namun akan disesuaikan serta diselaras oleh pihak berkuasa tempatan mengikut piawaian strategik di kawasan masing-masing.

"Sebarang bentuk aktiviti di Selangor mencakupi sektor ekonomi, sosial dan rekreasi perlu mematuhi SOP yang digariskan MKN.
Beliau berkata kerajaan negeri turut mengingatkan semua pihak untuk mengimbas kod QR aplikasi SELangkah atau 'Langkah Masuk Dengan Selamat' sebelum memasuki mana-mana premis selain memakai pelitup muka dan menjaga kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan