KUALA LUMPUR: Peluasan kapasiti
jemaah bagi masjid, surau Jumaat dan surau terpilih di zon hijau dalam
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan ditentukan
oleh jawatankuasa masjid, surau jumaat serta surau terbabit.
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd Ajib Ismail berkata peluasan kapasiti jemaah bagaimanapun tertakluk kepada satu pertiga had kapasiti dewan solat utama masjid, surau Jumaat dan surau terpilih serta melibatkan jemaah dalam kalangan warga Malaysia.

"JAWI juga ingin mengingatkan agar segala garis panduan dan SOP (prosedur operasi standard) berkaitan hendaklah dipatuhi sepanjang tempoh PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan)," menurutnya dalam kenyataan.
Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengumumkan bahawa semua masjid, surau Jumaat dan surau dalam zon hijau di Wilayah Persekutuan akan dibuka secara berperingkat bagi solat Jumaat dan solat berjemaah dengan peluasan bilangan satu pertiga daripada jumlah had kapasiti bagi dewan solat utama bermula esok.
Katanya perkara itu telah dipersembah dan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan