Sofia Ahmad Dani
Tetapi tidak lama selepas itu, dua kepimpinan ARMADA negeri iaitu Terengganu dan Sabah turut mengeluarkan kenyataan membantah keputusan yang dibuat oleh Syed Saddiq.
https://www.malaysiakini.com/news/524475
Lebih memeranjatkan Ketua ARMADA Sabah turut membongkarkan bahawa keputusan yang dilakukan oleh Syed Saddiq sebenar bukan pendirian seluruh Ketua ARMADA. Ini kerana ada ketua ARMADA di peringkat bahagian masih tidak tahu menahu mengenai hasrat ARMADA pusat dalam hal tersebut.
Jika benar dakwaan ini, adakah Syed Saddiq menipu kononnya keputusan yang dicapai ini telah mendapat sokongan penuh?
Sekarang ini saya lebih percaya bahawa Syed Saddiq kini sudah tidak mendapat sokongan penuh dari ARMADA. Hal ini kerana jawatan Ketua ARMADA yang disandangnya sekarang ini bakal di lawan oleh EXCO nya sendiri.
Malah sebelum ini pun, kita pernah lihat ada beberapa pemimpin ARMADA sendiri yang mengeluarkan kenyataan menentang Syed Saddiq. Kesemua ini menunjukkan Syed Saddiq sedikit demi sedikit hilang kepercayaan majoriti dari ahli ARMADA.
Selepas pemimpin ARMADA dari negeri Terengganu dan Sabah mengeluarkan kenyataan, kini giliran beberapa EXCO ARMADA pula mengeluarkan kenyataan. Dalam kenyataan tersebut, EXCO ARMADA sendiri menyatakan keputusan yang dibuat itu bukan sebab mereka setuju tetapi sebab hormat terhadap Tun Mahathir.
https://www.malaysiakini.com/news/524495
Mereka turut menyifatkan mesyuarat ARMADA bersama pengerusi semalam seolah-olah langkah terdesak dan tidak bertanggungjawab. Dalam pada itu, pendirian mereka juga sama sebelum ini sama dengan dua pemimpin sebelum ini iaitu tidak menyokong sepenuhnya pendirian ARMADA pusat untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan.
Terbaru, seorang lagi Ketua ARMADA Perak telah mengeluarkan kenyataan bahawa ARMADA Perak berpendirian menolak segala usaha BERSATU kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan semula.
https://www.sinarharian.com.my/article/82359/BERITA/Politik/Armada-Perak-tolak-kerjasama-dengan-PH
Jadi persoalannya di sini, adakah kenyataan Syed Saddiq itu hanya syok sendiri kerana tidak melibatkan seluruh EXCO ARMADA dan pemimpin ARMADA di peringkat bawahan? Jika itulah yang terjadi, jangan sibuk hendak ajar Presiden parti kalau ARMADA sendiri pun gagal disatukan.
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2020/05/686157/144-daripada-191-armada-bersatu-bahagian-sokong-perikatan-nasional
*Sofia Ahmad Dani-Aktivis Muda Johor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan