Berikut adalah soalan lazim Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai sewa beli dan produk pembiayaan Islam berkadar tetap.
1.Sebelum
ini telah diumumkan bahawa penangguhan pembayaran 6 bulan bagi Sewa
Beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap adalah secara automatik. Adakah
keputusan ini telah bertukar?
Tidak. Penangguhan pembayaran masih secara automatik untuk Sewa Beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap.
Apa
yang diperlukan sekarang adalah langkah tambahan bagi mematuhi
keperluan prosedur di bawah Akta Sewa Beli 1967 (Akta Sewa Beli) dan
keperluan Syariah. Langkah tambahan ini tidak dapat dielakkan dan
perubahan pada jadual dan/atau jumlah pembayaran perlu dimasukkan dalam
perjanjian pinjaman/pembiayaan.
2.Mengapakah
pinjaman/pembiayaan lain (contohnya gadai janji, pinjaman peribadi,
pinjaman perniagaan dan sebagainya) tidak terkesan sama?
Pinjaman/pembiayaan
lain tidak tertakluk pada Akta Sewa Beli atau keperluan Syariah.
Bagaimanapun, faedah/keuntungan untuk pinjaman/pembiayaan ini juga akan
terakru (yakni diambil kira) bagi tempoh penangguhan dan juga perlu
dibayar balik sebaik sahaja pembayaran disambung selepas tempoh
penangguhan.
3.Adakah terdapat perubahan untuk peminjam/
pelanggan supaya layak mendapat penangguhan pembayaran bagi Sewa Beli
dan pembiayaan Islam berkadar tetap?
Kriteria kelayakan tidak berubah.
4.Memandangkan
sekarang ini kita sudah berada pada awal bulan Mei, adakah tempoh
penangguhan pembayaran bagi kemudahan pembiayaan ini berubah?
Tidak
ada perubahan pada tempoh penangguhan pembayaran, iaitu, tempoh ini
masih berkuat kuasa untuk selama 6 bulan bermula 1 April 2020 sehingga
30 September 2020.
5.Bagi pembiayaan Islam berkadar tetap,
adakah terdapat apa-apa fi undang-undang tambahan sekiranya perjanjian
baharu diperlukan?
Bagi kes-kes seperti itu, institusi
kewangan tidak boleh mengenakan apa-apa caj tambahan, termasuk fi
undang-undang, ke atas peminjam/pelanggan.
6.Bagaimanakah
bayaran ansuran bulanan Sewa Beli atau pembiayaan Islam berkadar tetap
saya akan berubah selepas tempoh penangguhan ini?
Institusi
kewangan akan memaklumkan kepada setiap peminjam/pelanggan mengenai
perubahan pada jadual pembayaran dan jumlah ansuran pinjaman Sewa Beli
atau pembiayaan Islam berkadar tetap masing-masing.
Peminjam/pelanggan
perlu membuat pertimbangan sendiri mengenai kelebihan dan kekurangan
penangguhan pembayaran, serta memberi perhatian khusus kepada kemampuan
mereka untuk membuat pembayaran tersebut selepas moratorium.
Anda
perlu menelefon atau menghantar e-mel kepada institusi kewangan anda
jika memerlukan maklumat lanjut, atau jika anda perlu berbincang
mengenai pengaturan pembayaran alternatif.
Di bawah ini diberikan contoh bagi membantu anda untuk lebih memahami kesan kewangan selepas penangguhan.
Ilustrasi
ini adalah berkaitan dengan pinjaman Sewa Beli berjumlah RM50,000 dan
mempunyai baki tempoh selama lima tahun lagi serta mempunyai kadar
faedah tetap pada 2.71 peratus (atau kadar efektif sebanyak 5.36
peratus) setahun:
Dalam contoh ini, jumlah ansuran bertambah sebanyak 2 peratus atau RM19 sebulan.
7.Adakah
saya masih boleh memilih untuk tidak menyertai (opt out) penangguhan
bayaran sekarang jika saya belum berbuat demikian sebelum ini?
Ya.
Anda masih boleh berbuat demikian pada masa ini dengan memberitahu
institusi kewangan bahawa anda ingin membuat bayaran balik bulanan
pinjaman/pembiayaan seperti biasa.
8.Saya tidak membuat apa-apa
bayaran pinjaman pada bulan April 2020 memandangkan pada mulanya saya
menyertai moratorium (tidak “opt out” daripada penangguhan). Jika saya
mengambil keputusan untuk tidak menyertai moratorium sekarang, adakah
saya akan dikenakan penalti bayaran lewat? Apa akan terjadi pada rekod
CCRIS saya?
Tidak, institusi kewangan tidak akan mengenakan
apa-apa caj bayaran lewat kepada peminjam/pelanggan yang mengambil
keputusan untuk tidak menyertai moratorium sekarang.
Institusi
kewangan anda akan memaklumkan tempoh masa yang diberikan untuk membayar
ansuran yang ditangguhkan sejak 1 April 2020. Rekod CCRIS anda juga
tidak akan terjejas asalkan anda menjelaskan jumlah bayaran tersebut
dalam tempoh masa pembayaran balik yang dimaklumkan oleh institusi
kewangan anda.
Jika anda perlukan lebih banyak masa untuk
menjelaskan pembayaran, hubungi institusi kewangan anda bagi
membincangkan tempoh masa pembayaran balik yang baharu.
9.Adakah
peminjam/pelanggan ada pilihan untuk melanjutkan tempoh pembiayaan atau
menambah jumlah bayaran ansuran bulanan selepas tempoh penangguhan?
Institusi
kewangan akan memberikan maklumat lanjut kepada peminjam/pelanggan
berhubung dengan penyambungan semula pembayaran selepas tempoh
penangguhan. Antara pilihan yang diberikan termasuklah melanjutkan
tempoh bayaran balik atau menambah jumlah bayaran ansuran bulanan.
Peminjam/pelanggan
dinasihati supaya berbincang dengan institusi kewangan mereka jika
perlu mengubah jadual pembayaran balik pinjaman/pembiayaan disebabkan
oleh keadaan kewangan mereka sekarang.
10.Susulan pengumuman
oleh BNM, saya rasa terpedaya. Saya ingatkan syarat pembayaran balik HP
dan pembiayaan Islam berkadar tetap selepas tempoh penangguhan bayaran
berakhir tidak sepatutnya berubah. Adakah saya tidak mendapat apa apa
manfaat daripada tempoh tidak perlu membayar selama enam bulan ini?
Pihak BNM berasa kesal atas sebarang kekeliruan dan kebimbangan yang timbul ekoran pengumuman yang dibuat.
Penangguhan
bayaran balik pinjaman/pembiayaan sebenarnya bertujuan membantu aliran
tunai peminjam/pelanggan yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Tujuan
ini masih tidak berubah.
Kekeliruan yang timbul adalah disebabkan
oleh salah tanggapan bahawa jumlah bayaran balik sesuatu pinjaman Sewa
Beli tidak boleh diubah. Salah tanggapan ini juga sedikit sebanyak
mungkin disebabkan oleh ilustrasi pengiraan yang kami tunjukkan dalam
versi awal soalan lazim ini, yang menggunakan beberapa andaian dan
kaveat.
Kami kemudiannya mengeluarkan contoh pengiraan tersebut
daripada soalan lazim ini apabila Institusi Kewangan menyediakan contoh
pengiraan mereka masing-masing. Ilustrasi yang kami tunjukkan bukan
bertujuan untuk ‘menghilangkan’ caj kadar faedah terakru (yang diambil
kira) kepada pinjaman yang diberikan penangguhan bayaran balik..
Peminjam/pelanggan
yang akaun pinjaman Sewa Beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap
mereka menunjukkan penangguhan bayaran balik secara automatik sejak 1
April 2020, akan terus mendapat penangguhan itu sehingga 30 September
2020.
Peminjam/pelanggan dengan Sewa Beli dan pembiayaan Islam
berkadar tetap yang pada mulanya menerima moratorium ini tetapi
kemudiannya menukar fikiran (yakni tidak mahu penangguhan dan ingin
membuat bayaran balik seperti biasa) masih boleh berbuat demikian.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan