Jumaat, 15 Mei 2020

PN dijangka bentuk kerajaan baru di Kedah Ahad ini

Rakyat Kedah berkemungkinan besar akan mendapat kerajaan dan menteri besar baru Ahad ini.

Ketua Pembangkang Muhammad Sanusi Md Nor juga dijangka dilantik sebagai menteri besar menggantikan Mukhriz Mahathir.

Menurut sumber, Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berpuas hati PN memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan baru menggantikan pentadbiran Mukhriz.

Sultan hari ini menerima mengadap semua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) di Wisma Darul Aman, Alor Setar.

Istana dijangka mengeluarkan kenyataan berkaitan perkara itu hari ini.

Mukhriz hadir kira-kira jam 4 petang. Pertemuannya dengan baginda berakhir kira-kira jam 5.30 petang.

PAS Kedah sebelum ini mendakwa memperoleh 23 sokongan untuk membentuk kerajaan baru.

Pergolakan di Kedah berlaku susulan pertembungan di peringkat pusat apabila Mukhriz, seperti Pengerusi Bersatu Mahathir Mohamad yang juga bapanya, menolak kerjasama dengan PN.


Tiada ulasan: