Jumaat, 1 Mei 2020

Perjalanan rentas negeri balik kampung cuti raya tidak dibenarkan – Muhyiddin

Wartawan MalaysiaGazette
MGF01052020_PERUTUSAN-KHAS-PM_02-1
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menonton Perutusan Khas Perdana Menteri sempena Hari Pekerja 2020 di Balai Bomba Kota Raja, Klang. foto AFIQ RAZALI
 

KUALA LUMPUR – Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja yang disiarkan secara langsung hari ini.

“Perjalanan rentas sempadan negeri juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain,” katanya.
Umat Islam bakal menyambut hari raya Aidilfitri tiga minggu agi.

Turut tidak dibenarkan majlis-majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan yang melibatkan perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta serta semua bentuk majlis perasmian dan perhimpunan.

“Aktiviti kegamaan seperti perarakan keagamaan, solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumah-rumah ibadat juga tidak dibenarkan,” kata Muhyiddin.

Dalam perutusan tersebut Perdana Menteri turut mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mana hampir semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi mulai 4 Mei ini. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: