Menteri Besar Kedah yang baharu, Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan tindakan yang diambil Mukhriz untuk tidak sehaluan dengan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dilihat banyak merugikan rakyat khususnya di negeri Kedah selain menjadi punca kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) campur Bersatu di negeri terbabit.
Sehubungan itu, beliau menyangkal dakwaan Mukhriz yang mendakwa Pas memungkiri janji untuk tidak memujuk ADUN-ADUN Pakatan Harapan dan Bersatu untuk menyertai gabungan Perikatan Nasional di Kedah.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pertamanya sebagai Menteri Besar Kedah ke-14, di Bilik Gerakan Wisma Darul Aman, Alor Setar pada Ahad
BACA: Muhammad Sanusi angkat sumpah MB Kedah ke-14
BACA: "Najib protagonis sebenar kejatuhan PH Kedah" - Mukhriz Mahathir
Terdahulu,
Mukhriz dalam sidang media terakhirnya sebagai Menteri Besar pada pagi
Ahad mendakwa Pas telah mungkiri janji untuk membolehkan beliau untuk
terus kekal menerajui pentadbiran kerajaan Kedah sehingga tamat penggal
ini.
Dakwa Mukhriz, janji tersebut dibuat selepas kejatuhan
pentadbiran PH di peringkat pusat yang kemudian membawa kepada
pertukaran kerajaan yang dipimpin PH di beberapa negeri seperti Johor,
Melaka dan Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan