Sabtu, 9 Mei 2020


Hari ini cuaca mendung sahaja dari pagi tadi. Kami tiba di Masjid As-Sobirin, AU5, Keramat pada 8.45 pagi dan selang beberapa minit jenazah Almarhum Tuan Guru Ismail Kamus pun tiba dari kediamannya.

Alhamdulillah, saya rasa cukup bertuah kerana di hari Jumaat tanggal 15 Ramadhan yang mulia ini saya diberi peluang untuk mengetuai pengurusan jen@zah Almarhum Tuan Guru. Jen@zahnya cukup lembut dan mudah diuruskan. Wajahnya tenang bagaikan sedang tidur.

Anak-anak serta cucu-cucu arwah juga turut hadir membantu memandikan jenaz@hnya. Saya bersama skuad SPJM Muhamad Zaid & Mohd Nasir turut dibantu oleh ahli jawatankuasa Masjid As-Sobirin yang diketuai oleh Tn. Hj. Mohamad (gambar) yang merupakan pengurus jenaz@h di masjid tersebut. Beliau sempat berkongsi pengalamannya bersama kami.



Suasana di bilik mandi jen@zah cukup mengh1bakan…

Terdengar esak tang1s di setiap ruang bilik mandi tersebut. Setelah semua ahli keluarga dan sahabat terdekat diberi peluang menatap wajah jen@zah dan menciumnya buat kali terakhir, saya mengambil kesempatan untuk menjadi orang yang terakhir menciumnya sebelum menutup wajahnya.

Saat menutup wajah arw@h, perasaan sebak sukar untuk dikawal. Saya menang1s dan tidak dapat mengikat tali kafan di bahagian kepala arw@h. Ketika itu semua yang hadir mengalirkan air mata. Suasana bagaikan terhenti seketika.

Alhamdulillah, Hj. Mohamad datang membantu saya untuk mengikat tali kafan di kepala arw@h. Perasaan sebegini jarang saya alami pada setiap kali menguruskan jen@zah. Mungkin kerana saya membesar dengan mendengar tazkirah dan ceramah arwah terutamanya program Forum Perdana Hal Ehwal Islam suatu ketika dahulu.

Maka hati dan perasaan itu terasa begitu dekat dengannya walaupun sepanjang hayatnya saya pernah berhadapan dengannya hanya sekali sahaja itupun dalam majlis ceramahnya di masjid. Jasa beliau dalam dunia dakwah di dalam dan di luar negara cukup besar.
Jenaz@h Al-Marhum baru tiba di Masjid As-Sobirin
Alhamdulillah, saya bersyukur dan rasa sungguh bertuah kerana diberi amanah untuk menguruskan jenaz@h yang mulia ini. Terima kasih kepada Dato’ Tuan Asmawi Voiceover selaku Penasihat Media & Korporat SPJM yang mengenalkan SPJM kepada pihak waris.

Terima kasih juga kepada pihak Masjid As-Sobirin, Jabatan Amal Malaysia, PDRM dan semua pihak yang terlibat dalam membantu menyempurnakan urusan jenaz@h arwah sebentar tadi. Semoga roh Almarhum ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin.

Selamat Beristirehat Tuan Guru…
Orang ramai berpusu-pusu ke Masjid As-Sobirin untuk solat 
jenaz@h dan seterusnya ke pengebumian
Kredit; Muhammad Rafieudin Zainal Rasid

Tiada ulasan: