Ahad, 17 Mei 2020

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul dapat pengiktirafan Bank Dunia

malaysiapolitik.com
Dr Richard Record, wakil Bank Dunia untuk Malaysia

Menurut Dr. Richard, Malaysia mempunyai kelebihan berbanding negara lain dalam mengharungi impak negatif penularan COVID-19 yang mencetuskan kejutan ekonomi global yang telah memberikan kesan buruk kepada hampir semua industri ekonomi di seluruh dunia.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai struktur ekonomi yang pelbagai, rekod pengurusan ekonomi makro yang mantap, pasaran modal domestik yang mendalam, institusi kewangan yang utuh dan pengalaman tinggi dalam menangani krisis ekonomi.

Beliau berkata, seperti kebanyakan negara, Malaysia juga berdepan prospek penguncupan ekonomi, dan sebagai usaha tindakbalas, kerajaan membuat pelarasan tepat pada masanya terhadap dasar fiskal dan monetari ekonomi negara.

“Suntikan langsung fiskal adalah RM35 bilion (kira-kira 2.3 peratus daripada KDNK) dan keutamaan lebih ke arah pemindahan langsung (bantuan) kepada rakyat,” katanya.

Prinsip yang diamalkan ‘No one will be left behind’ juga merupakan satu langkah yang efektif kerana golongan yang paling teruk terjejas akibat wabak Covid-19 ialah golongan miskin yang tidak mempunyai simpanan dalam bank dan insuran perlindungan.

“Berbeza dengan sesetengah negara yang terlalu fokus mengutamakan bantuan kepada industri-industri besar dalam negara, sistem bantuan yang lebih adil dan menyeluruh kepada setiap status ekonomi seperti yang diamalkan Malaysia adalah lebih efektif dalam menangani krisis ekonomi akibat wabak ini”

 Dr. Richard juga memuji Menteri Kewangan Tengku Zafrul kerana membuat tindakan yang sangat bijak dengan pelan ekonomi yang menyeluruh dan meliputi jangka masa panjang dalam menghadapi kesan ekonomi Covid-19.

Berikut merupakan biodata Tengku Zafrul

 Ini pula biodata bekas Menteri Kewangan di bawah Kerajaan PH, pandai-pandailah pembaca bandingkan ye.

 Rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana kita mempunyai Menteri Kewangan yang dihormati di seluruh dunia kerana kehebatan beliau dalam bidang ekonomi.


Tiada ulasan: