TUMPAT: Kelantan diberi jaminan kerajaan Perikatan
Nasional (PN) untuk membenarkan negeri itu menjadi tuan rumah
penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22 pada 2024.
Pengerusi
Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata,
perkara itu dinyatakan Menteri Belia dan Sukan Dato’ Seri Rizal Merican
Naina Merican pada perjumpaan sebelum ini.
Katanya, kementerian bersedia untuk meneruskan keputusan yang dipersetujui Majlis Sukan Negara ketika di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian 102 kerusi di Sekolah Kebangsaan Simpangan, dekat sini semalam.
Kerusi berkenaan untuk kegunaan aktiviti pelajar, ibu bapa khususnya di bawah Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan