Rabu, 13 Mei 2020

Jumaat tarikh akhir kemuka permohonan GKP

Wartawan MalaysiaGazette
MGF01032019_LEMBAGA-HASIL-DALAM-NEGERI-MALAYSIA12
Bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) di
Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, Cyberjaya. foto AFFAN FAUZI,

KUALA LUMPUR – Tarikh akhir permohonan Geran Khas Prihatin  (GKP) ialah pada 15 Mei ini, kata Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Sehubungan itu, Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan disarankan untuk mengisi borang permohonan dengan segera dan tidak menunggu sehingga tarikh akhir tersebut.

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian di Portal GKP yang disediakan oleh LHDNM iaitu https://gkp.hasil.gov.my/.

Permohonan secara manual tidak akan diterima.



Tiada ulasan: