Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, sepatut Bank Negara mengambil pendirian yang memihak kepada peminjam.
Lagi pula kata beliau, pendapatan daripada faedah sewa beli dalam tempoh beberapa bulan ini tidaklah banyak mana.
Isu moratorium timbul apabila Bank Negara dan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) membuat kenyataan bahawa peminjam perlu membayar faedah dalam tempoh enam bulan tawaran moratorium bagi pinjaman sewa beli, susulan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.
Dalam soalan lazim atau FAQ diedarkan BNM Mac lalu antara lain dikatakan menyatakan bayaran bulanan sewa beli tidak akan berubah sebelum dan selepas tempoh moratorium 6 bulan.
Maksudnya, dalam tempoh moratorium itu terdapat faedah ke atas faedah yang tertangguh bayaran kerana mengambil tawaran moratorium.
Bank Negara kemudiannya mengesahkan kenyataan ABM itu dan turut mengumumkan perubahan prosedur moratorium pinjaman perjanjian sewa beli termasuk pembiayaan Islam berkadar tetap.
Menurut, Tengku Razaleigh, industri perbankan merupakan satu-satunya industri yang sentiasa untung tanpa mengira waktu.
Katanya, ketika perniagaan lain menanggung kerugian akibat PKP, sektor perbankan tetap menjana keuntungan.
Katanya, dengan moratorium sekali pun, industri bank mendapat keuntungan daripada pinjaman yang lain dan mereka tidak mungkin rugi melainkan mereka mencuri atau menipu.
Tengku Razaleigh menegaskan, jika u diberi moratorium, bermakna mesti dikecualikan penalti, faedah dan sebagainya.
Katanya, bukan sahaja mengenakan faedah dalam tempoh itu satu kesalahan, fikir untuk memberi faedah pun salah kerana bertentangan dengan perundangan syariah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan