Ir Hj Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad
Malaysia negara ke-10 tertinggi di dunia yang meminum arak
KEMATIAN seorang
anggota polis, Safwan Muhammad Ismail, 31 tahun dari Ibu Pejabat Polis
Daerah Kajang semalam akibat dilanggar pemandu mabuk amat menyayat hati
seluruh rakyat Malaysia.
Ketika seluruh ahli keluarga menangisi
pemergian beliau, percayalah ada pihak yang terus ketawa dan kaya raya
akibat mengaut keuntungan yang amat besar hasil dari penjualan arak di
negara kita.
5 Fakta Mengenai Arak Yang Perlu Anda Tahu
1. Arak merupakan air yang ketiga paling banyak diminum di dunia selepas air suam dan teh.
2. Pada tahun 2014, industri arak dunia
bernilai USD 1 trillion. Keuntungan hasil penjualan arak di Amerika
Syarikat sahaja mencecah USD100 billion setahun.
Manakala di negara kita, data pada tahun
2019 menunjukkan negara kita mengumpul sejumlah RM2.27 billion ‘tax
revenue’ hasil penjualan arak.
3. Walaupun hanya sebuah negara kecil
yang didiami oleh 32 juta orang (yang majoritinya Muslim yang haram
meminum arak), Malaysia merupakan negara ke-10 tertinggi di dunia yang
meminum arak dengan purata 7 liter arak diminum oleh seorang rakyat
setahun.
Selain itu, rakyat negara kita mengeluarkan kira-kira USD500 juta setahun untuk membeli arak.
4. Malaysia mempunyai kadar ‘excise duty’ kedua tertinggi di dunia selepas Norway.
Mengikut statistik Confederation of
Malaysian Brewers Berhad (CMBB), cukai yang dikenakan ialah RM7.40 bagi
setiap liter selain 15% cukai ‘ad varolem’.
5. Baru-baru ini Malaysia mengalami
anggaran kerugian sebanyak RM189 juta sebulan dari ‘tax revenue’ akibat
operasi kilang-kilang arak yang terganggu dalam fasa PKP rentetan
penyebaran Coronavirus.
*Ir Hj Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad-Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan