Jangan pula sebab takut hilang undi Cina, sindir Aminuddin
BANGI – “Jadi sekarang kita semua sudah tahu bahawa kalau mahu
menteri-menteri datang melawat, turunkan perhiasan-perhiasan Tahun Baru
Cina,” sindir Haji Aminuddin Yahaya.
Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin
Malaysia berkata demikian susulan tindakan beberapa menteri yang melawat
ke sebuah sekolah di Puchong, Selangor untuk memasang semula tanglung
yang telah diturunkan.
Aminuddin berkata, meskipun tindakan para
menteri melakukan lawatan ke sekolah perlu dipuji, beliau secara
sinisnya juga menyifatkan perkara berkenaan sebagai bukti ‘keprihatinan’
mereka terhadap nasib sesebuah sekolah.
“Mungkin agaknya mereka ‘tiba-tiba’
mempunyai masa yang lebih sehingga satu gerombolan pergi melawat sebuah
sekolah. Mungkin ini kali pertama dalam sejarah negara menteri-menteri
begitu prihatin terhadap nasib rakyat.
“Saya berharap ia bukan kerana arahan
sesiapa atau kerana ‘takut’ hilang undi orang Cina kerana keprihatinan
mereka ini sangat luar biasa.
“Cuma saya tidak ada dengar pula
lawatan-lawatan besar macam ini dibuat di sekolah-sekolah terutamanya
sekolah agama pada hari-hari biasa,” katanya.
Terdahulu, isu tanglung di Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat Bandar Puchong 1 menjadi kontroversi
selepas ada pemimpin pembangkang mendakwa, ia dipasang secara berlebihan
serta dikaitkan sebagai usaha untuk menyebarkan agama lain kepada murid
Islam.
Susulan perkara itu, pihak sekolah
bertindak menurunkan perhiasan berkenaan, yang sekali gus menerima
kecaman kebanyakan menteri dan timbalan menteri.
Bahkan, semalam, satu majlis dan sidang
media diadakan untuk memasang semula tanglung di sekolah terbabit yang
dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
serta beberapa menteri lain, antaranya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng;
Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching serta Menteri Beliau dan
Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Selain itu, portal berita Malaysia Sin
Chew Daily melaporkan bahawa menteri-menteri berkenaan masing-masing
telah menurunkan tandatangan di atas tanglung, sebelum menyaksikan
upacara perhiasan Tahun Baru Cina itu digantung semula.
Mengulas lanjut, Aminuddin yang juga
Presiden Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) berkata, pihaknya bimbang
perkara itu akan mengundang persepsi negatif, seterusnya menggalakkan
perkara tidak diingini berlaku.
“Terlalu banyak kejadian pelik yang berlaku di negara kita sekarang, terutamanya yang melibatkan menteri-menteri,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan