Masalah penagihan dadah perlu dilihat dari sudut kesihatan
sosial dan bukan ditangani melalui sistem pengadilan jenayah, kata
Menteri Undang-undang Liew Vui Keong.
"Penggunaan dadah haruslah lebih dilihat melalui sudut kesihatan sosial dan diselia melalui sektor kesihatan dan bukanlah ditangani melalui sistem pengadilan jenayah," katanya.
Beliau berkata demikian dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKDM) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Agensi Anti Dadah Kebangsaaan (AADK).
"Beberapa seksyen dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 perlu dikaji semula untuk membetulkan pendekatan hukuman sedia (ada).
Menjelaskan lanjut, Liew berkata penggunaan dadah dan ketagihan merupakan satu kesan biologi yang rumit dan melibatkan perlbagai faktor seperti kecenderungan genetik, faktor psikologi dan pengaruh persekitaran.
Menurutnya tumpuan terhadap sudut penguatkuasaan undang-undang semata-mata bukan sahaja kurang berkesan tetapi memburukan lagi tahap kesihatan individu terbabit.
"Ini dapat dilihat pada kadar yang sudah keluar kembali kepada tabiat asal," katanya.
Pengarah Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara Malaysia Nordin Muhamad pada 12 Januari lalu berkata pihaknya yakin sistem rawatan dan pengawasan dalam komuniti lebih berkesan menangani gejala dadah berbanding hukuman penjara yang menyaksikan ramai dihukum akibat kesalahan berulang.
Nordin
berkata penjara kini sesak dengan pesalah yang menjalani hukuman
penjara berkaitan kesalahan dadah dan ia memakan kos yang tinggi.
Kapasiti rasmi penjara
di Malaysia dapat menampung seramai 45,640 penghuni pada September
2016, namun penghuninya dalam tempoh yang sama berjumlah 55,490 orang,
menurut data Jabatan Penjara Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan