Wawancara khas Sinar Harian bersama Saifuddin
Nasution di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP). - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
Menurutnya, melalui hasil kemajuan yang diperoleh daripada sesi penerangan secara menyeluruh kepada golongan sasaran itu akan membantu Kabinet membuat keputusan lanjut.
“Tetapi apa yang Kabinet mahukan adalah perlu lipat gandakan penerangan, maka sebab itu ia tidak diteruskan dahulu.
“Dari segi persiapan, kami telah bersedia sepenuhnya,” katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tempoh masa yang diberikan Kabinet untuk proses penerangan sebelum program itu dilaksanakan.
ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan perlu segera laksana PSP: Penganalisis ekonomi
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet pada 18 Disember lalu. Ia bagi memberi ruang terhadap penyelesaian antaranya sesi penerangan dan penjelasan kepada rakyat bagi memastikan kefahaman sewajarnya mengenai PSP berupaya diperoleh sekali gus melancarkan mekanisme pelaksanaan program terbabit.
Mengulas lanjut, Saifuddin turut menyifatkan penangguhan itu sebagai hikmah kepada pihaknya.
“Penangguhan ini sebenarnya satu hikmah kepada kami untuk memperhalusi dan meneliti lagi perkara yang akan memberi manfaat kepada rakyat secara menyeluruh.
“Jadi fokus kami sekarang adalah untuk memberi kefahaman kepada rakyat mengenai program ini,” katanya.
Katanya, secara dasarnya usaha untuk memperkenalkan program itu adalah bagi memastikan subsidi minyak hanya dinikmati oleh golongan sasar dengan menghentikan subsidi kepada golongan kaya serta rakyat asing di negara ini.
Terdahulu, kerajaan pada Oktober tahun lalu mengumumkan pelaksanaan PSP dengan peruntukan RM2.4 bilion dalam Belanjawan 2020.
Pelaksanaan yang sepatutnya dibuat pada 1 Januari lalu itu selaras dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.
Program subsidi bersasar bagi menangani ketirisan bekalan bahan api itu dijangka memberi manfaat kepada lapan juta penerima daripada kelompok B40 dan M40.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan