SERDANG: Semua ahli politik diminta tidak menghangatkan isu jawi, sebaliknya memberi tumpuan pada mutu pendidikan negara.
Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perhatian kini harus diberi kepada usaha tambahan untuk bidang pendidikan serta tanggungjawab kepada semua kaum.
"Mengenai tulisan jawi, saya tidak mahu hangatkan, bagi saya yang telah buat kenyataan, jawi adalah khazanah.
"Kadang-kadang yang menentang agak keterlaluan, kadang-kadang menyentuh perasaan Melayu. Sanskrit kuno, orang masih belajar; latin kuno, tapi banyak ilmu masih ada, sehingga menjadi satu tulisan kebangsaan.

"Tidaklah satu bab, dua tiga halaman sekadar kenal, ini semua
perjanjian dahulu, jawi tulisan awal sekarang ada sudah dilupakan, untuk
anak-anak kita sekadar itu cukup," katanya dalam sidang media selepas
merasmikan Majlis Penganugerahan Murid Cemerlang UPSR 2016-2019
Sekolah-sekolah Tamil Selangor di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia, di
sini pada Ahad.
Menurut Nie Ching, pengajaran tulisan jawi di sesebuah sekolah akan dijalankan jika 51 peratus atau lebih borang yang diterima daripada ibu bapa menyatakan persetujuan.
Dalam pada itu Anwar menjelaskan, tidak salah untuk sesiapa memberi pandangan dalam isu berkenaan.
"Sekadar orang hendak bagi pandangan, tidak setuju tidak apalah. Selepas itu hangatkan, bila kita hangatkan kita undang reaksi dan respon seolah ini satu usaha hendak hina atau pertikai sejarah, khazanah dan Melayu.
"Sebab itu saya bagi nasihat, supaya kalau boleh dileraikan, adakan dialog. Jangan tunjuk kekuatan, kalau ada kekuatan, ada tindak balas... dan ini yang berlaku
.
"Kalau hendak bicara, kritik atau cabar dasar kementerian, itu soal masing-masing tapi kita kena meningkatkan mutu pendidikan, kerana bila kita terheret dalam isu ini (jawi) seolah mencuit rasa hina. Ini yang tidak baik," tegas Anwar lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan