1. BERITA
tentang penangkapan seorang ADUN dan beberapa pegawai kerajaan dalam
sebuah parti yang dilabel sebagai ‘parti dadah’ adalah amat menyedihkan.
Atas dasar itu Rasulullah mengingatkan kita agar berhati-hati dalam
melantik kepimpinan.
2. Dalam
sebuah hadith, Rasulullah berpesan kepada kita bahawa akan datang satu
zaman, terdapat pemimpin yang mendekati orang-orang yang jahat. Sabda
Rasulullah:
لَيَأْتِيَنَّ
عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يُقَرِّبُونَ شِرَارَ النَّاسِ ، وَيُؤَخِّرُونَ
الصَّلاةَ عَنْ مَوَاقِيتِهَا ، فَمَنْ أَدْرَكَ ذَلِكَ مِنْكُمْ فَلا
يَكُونَنَّ عَرِيفًا ، وَلا شُرْطِيًا ، وَلا
جَابِيًا ، وَلا خَازِنًا
“Akan datang
ke atas kamu (satu zaman dimana) pemimpin-pemimpin mendekati manusia
yang jahat, mereka melengah-lengahkan solat (sehingga) di akhir
waktunya. Maka apabila kamu mendapatinya yang demikian itu dikalangan
kamu, maka janganlah kamu menjadi: pembantunya, pegawai keselamatannya,
pemungut cukai (buatnya) dan yang menjaga khazanah (mereka). (HR Ibn
Hibban. Dinilai Sahih oleh al-Albani)
3. al-Imam
Ibn Hibban menukilkan hadith ini di dalam sebuah bab yang menjelaskan
tentang keperluan seorang Muslim untuk menjauhi pemimpin yang mendekati
manusia yang jahat. Kezaliman mereka dibimbangi akan memberikan kesan
kepada rakyat dan manusia lain.
4. Begitu
penting perihal kepimpinan sehingga Rasulullah telah berpesan agar kita
menjauhi dari melantik pemimpin yang dibimbangi membawa kerosakan.
Bahkan Rasulullah mengingatkan kita bahawa akan ada pemimpin yang
melakukan perkara yang dimurkai Allah. Sabda Rasulullah:
يوشك إن طالت بك مدة أن ترى قوماً في أيديهم مثل أذناب البقر يغدون في غضب الله, ويروحون في سخط الله
“Andai
sekiranya umurmu panjang nescaya kamu menyaksikan golongan manusia
(pemerintah berkuasa) yang ditangannya ada cemeti laksana ekor lembu
(melulu tanpa akal) melakukan kejahatan pada waktu paginya dimurkai
Allah dan pada waktu petangnya dilaknat Allah”. (HR Muslim)
5. Begitulah
pesan Rasulullah, mengingatkan kita dalam urusan kepimpinan. Pemilihan
pemimpin yang salah bukan sahaja memberikan kesan pada diri kita
sendiri, masyarakat bahkan sebuah negara.
Semoga Allah membimbing kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan