Oleh Athirah Huda Zalhe
Islam agama syumul, tak amal ritual pelik tanpa sebarang makna
BANGI
– Laporan sebuah portal berita liberal berhubung dakwaan kononnya
aktiviti kerohanian berlebihan membabitkan pelajar sekolah berasrama
kerajaan menjejaskan prestasi akademik pelajar, hanya berpaksikan
‘kefahaman yang dangkal’ terhadap Islam.
Ahli
Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Zaizul Azizi
Zaman berkata, Islam bukanlah agama yang mengamalkan ritual pelik tanpa
sebarang makna dan mengharapkan kuasa ajaib dalam mencapai kejayaan.
Bahkan,
beliau berkata, agama Islam juga bukan satu tempelan yang diguna untuk
melengkapkan ruang lompong kerohanian dalam kerangka berasaskan
materialisme Barat.
“Islam
adalah satu sistem hidup yang syumul untuk umat manusia seluruhnya, yang
merangkumi seluruh urusan hidup, meliputi aspek fizikal, mental, emosi
dan kerohanian.
“Melihat
Islam dan pengalaman agama sebagai ritual semata-mata adalah kefahaman
yang salah dan dangkal. Mengamalkan beberapa ritual Islam tanpa
kefahaman yang jelas bukan cara betul beramal dengan Islam,” katanya
kepada Ismaweb.net, hari ini.
an ibu bapa – yang didakwanya
mempunyai anak di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) – terhadap aktiviti
keagamaan di sekolah berkenaan yang kononnya memberi kesan kepada
prestasi akademik.
FMT yang
memetik bapa pelajar dikenali sebagai Amir mendakwa, aktiviti keagamaan
itu memakan terlalu banyak masa dan tenaga pelajar sehingga mereka jadi
letih dan lesu di kelas atau masa mengulangkaji pelajaran.
Laporan
portal berkenaan ternyata tular di media sosial, sekali gus menerima
kecaman daripada pengguna media sosial yang menyifatkan FMT sengaja
membina premis untuk memburukkan agama Islam.
Bahkan,
rata-rata netizen menolak dakwaan aktiviti kerohanian yang diterapkan di
sekolah berasrama menganggu masa pelajar, sebalik lebih ramai yang
cemerlang, baik dari segi akademik dan sahsiah.
Mengulas
lanjut, Zaizul yang juga aktivis kemasyarakatan menyifatkan pandangan
dangkal seumpama itu sebenarnya berpunca kepada kekaguman pihak tertentu
terhadap kemajuan dunia hari ini, dan gagal memahami titik kekuatan
umat Islam.
“Islam
perlu difahami secara meyeluruh dan di amalkan dalam segenap aspek
kehidupan, baru lah akan tampak hasil dalam dunia nyata. Barat mendapat
kemajuan dengan meninggalkan agama. Inilah asas tamadun Barat.
“Mereka
capai kemajuan bila mereka pecahkan kongkongan gereja dan pisahkan agama
daripada kehidupan. Umat Islam pula bangkit kerana agama.
“Agama
Islam lah yang menjadi sebab dan motivasi kepada kebangkitan mereka
dalam segenap bidang ilmu, mencipta dan menggali rahsia alam. Sains dan
tekonologi berkembang pesat selama ratusan tahun di bawah kekuasaan
Islam,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan