Oleh Athirah Huda Zalhe
Mana menteri agama ketika Permaisuri dihina perkasa tulisan jawi?
BANGI
– Kecenderungan Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf membela agama lain
berbanding Islam, menimbulkan kekesalan dalam kalangan umat yang
menyifatkan beliau gagal berperanan sebagai menteri agama di bawah
kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Turut
senada dalam perkara itu, Ketua Media Pertubuhan Muafakat Sejahtera
Masyarakat Malaysia (Muafakat), Haji Rashidi Haris yang dari awal lagi
beliau melihat pendekatan yang diambil Menteri di Jabatan Perdana
Menteri berkenaan, dalam perkara berkaitan agama Islam sangat liberal.
Beliau
berkata, ia bermula dengan penafsiran ‘rahmatan lil alamin’ yang
disifatkan jauh melencong daripada tafsiran ulama muktabar, bahkan
selari dengan fahaman liberalisme.
“Ini
terbukti apabila beliau cenderung membela golongan LGBT (lesbian, gay,
biseksual dan transgender) yang bercanggah dengan syarak, dengan dilihat
seperti berselindung di sebalik pendekatan menjaga hak mereka.
“Persoalannya,
apakah hak yang istimewa yang lain dari hak seorang lelaki dan hak
seorang perempuan sehingga harus diberi keistimewaan?,” soalnya kepada Ismaweb.net, hari ini.
Baru-baru
ini, Mujahid kembali mencetuskan kontroversi setelah mempertahankan
Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong)
yang didakwa tidak rasis, selepas pertemuannya dengan kumpulan pendesak
itu Rabu lalu.
Kenyataan
Mujahid dikritik pelbagai pihak, kerana jelas bertentangan dengan
pendirian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini yang
menyifatkan Dong Zong sebagai sebuah pertubuhan rasis.
Kenyataan
kontroversi seumpama itu bukanlah pertama kali dibuat oleh menteri
menjaga portfolio agama berkenaan, sebaliknya sebelum ini pernah
beberapa kali mengeluarkan pendirian yang ‘janggal’ bagi umat Islam.
Ia
termasuklah kenyataan yang membenarkan golongan transgender menggunakan
tandas wanita, isu membabitkan etnik muslim Uyghur di Xinjiang, hujahnya
yang menentang kempen Beli Produk Muslim (BMF) dan gesaan tindakan
tegas ke atas pekeliling mengharamkan Pesta Ponggal dirai di sekolah.
Mengulas
lanjut, Rashidi berkata, kebelakangan ini juga, Mujahid dilihat sangat
cenderung membela agama lain, apabila berlaku isu berbangkit membabitkan
pertembungan antara kepentingan Islam dengan agama lain.
“Baik dari
isu tanglung, tulisan jawi, isu Tabung Haji dan terbaru Pesat Ponggal,
semuanya terang-terangan beliau lebih membela agama lain dari menjaga
Islam, yang sememangnya termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan
Persekutuan.
“Dan
paling mendukacitakan apabila beliau langsung tidak mempertahankan
kedudukan Raja Permaisuri Agong apabila baginda dihina oleh individu
biadab memperlekeh perjuangan memperkasakan tulisan jawi. Di mana
kewibawaan dan amanah yang beliau angkat sumpah sebagai menteri agama?,”
soalnya lagi.
Demi
kepentingan agama Islam di negara ini, beliau menggesa Mujahid supaya
segera meletakkan jawatan secara hormat kerana gagal melaksanakan amanah
yang dipertanggungjawabkan ke atasnya sebaik mungkin.
“Dan ianya adalah perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan dan asbab mengapa kementerian itu ditubuhkan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan