Tolong haramkan, mereka pertubuhan ekstremis dan antinasional
BANGI
– Datuk Mujahid Yusof Rawa sepatutnya menegur pertubuhan radikal Cina,
Dong Zong serta Presidennya, Tan Tai Kim kerana tidak bertutur dalam
bahasa kebangsaan – bahasa Melayu – dalam satu sidang media baru-baru
ini.
Profesor di Institut Antarabangsa
Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac) Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata, tindakan Tai
Kim yang tidak bertutur dalam bahasa Melayu dengan kehadiran Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, adalah satu penghinaan kepada kerajaan dan
warganegara Malaysia.
“Ini menunjukkan sikap antibahasa Melayu
oleh presiden dan Dong Zong. Tindakan presiden itu ada satu kebiadaban.
Haramkan Dong Zong. Mereka pertubuhan ekstremis dan antinasional.
“Saya telah suarakan ini ketika ditemubual oleh panel menilai dan maklum balas UEC Kementerian Pendidikan tahun lalu.
“Saya juga telah mengatakan sifat
ekstremis Dong Zong dalam beberapa penulisan Saya. Sekolahkan presiden
dan ahli Dong Zong ke budaya arus perdana bahasa dan budaya kebangsaan
atau lucutkan kewarganegaraan mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Dong Zong bersama 11 NGO lain
mengadakan pertemuan dengan Mujahid di Putrajaya bagi membincangkan isu
tulisan jawi dalam pembelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).
Dalam sidang media pada 16 Januari itu,
Tai Kim tidak menggunakan bahasa Melayu untuk berucap sebaliknya beliau
bertutur dalam bahasa Mandarin sebelum diterjemahkan oleh jurucakap ke
dalam bahasa kebangsaan.
Lantaran itu, Ahmad Murad mengharapkan
akhbar Melayu dapat menegur Mujahid kerana tidak menegur Dong Zong dan
presidennya kerana tidak bertutur dalam bahasa Melayu.
“Ini perlu dilakukan melalui lidah pengarang Berita Harian dan Sinar Harian serta stesen-stesen radio dan televisyen Melayu.
“Jika tidak, apa guna kebebasan akhbar
yang diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo
dalam penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC),” soalnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan