Sabtu, 7 Disember 2019

Ramai perwakilan PKR keluar dewan tinggalkan kongres

Tangkap layar perwakilan yang meninggalkan perbahasan kongres 
nasional tahunan PKR di MITC hari ini.
 
AYER KEROH: Ramai perwakilan PKR keluar dewan dan meninggalkan kongres nasional tahunan parti reformasi itu di Melaka hari ini, diselang-seli laungan “balik” daripada ahli-ahli yang tidak berpuas hati.

Beberapa ahli memberitahu pemberita mereka tidak berpuas hati dengan perbahasan ucapan presiden.
“Ini bukan tempat untuk hentam timbalan presiden,” katanya.

Seorang ahli, Chegu Shekar dari Selangor mengadu semua pembahas daripada “1 kem”

“Ini tak betul. Kita sekarang parti pemerintah, bahaslah resolusi, manifesto, bukan serang sesama sendiri.”



“Saya kecewa ia sudah jadi platform untuk serang orang lain.”

Sementara itu, Ketua Penerangan Shamsul Iskandar Mohd Akin pula tak pula terdengar sebarang perbahasan yang sebut nama Azmin.

“Saya tak faham dakwaan-dakwaan tentang perbahasan seperti itu,” katanya kepada pemberita.

Di dalam dewan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hampir separuh kerusi-kerusi perwakilan tidak diduduki.

Tiada ulasan: