Khamis, 12 Disember 2019

Mana hilangnya pelancong China di Malaysia?

DR AHMAD SANUSI AZMI 


Bimbang mereka beli hartanah, MyKad dan ada hak undi pula


1. MENURUT Laporan Audit Negara, terdapat hampir 95% pelancong dari China dan India yang datang ke Malaysia tidak memiliki rekod keluar dari negara ini. Laporan Audit tersebut menyatakan, dari tahun 2016 hingga 2018, seramai 79,799 pelancong China datang ke Malaysia, namun 95% (iaitu sebanyak 76,258) daripada mereka tidak pernah keluar dari negara ini.

2. Maklumat yang dilaporkan kepada Kementerian Dalam Negeri ini menimbulkan kebimbangan sehingga Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyuddin Yasin mengarahkan pihak Imigresen menjalankan siasatan menangani isu ini.


3. Apa yang lebih membimbangkan, September lalu, pihak polis berjaya membongkar sindiket penjualan MyKad kepada warga China di Pulau Pinang yang didalangi pegawai JPN negeri. Kes itu terbongkar selepas pegawai Jabatan Imigresen membuat laporan polis berikutan permohonan pasport oleh seorang pemegang MyKad yang sah, namun dia didapati tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Malaysia.


4. Andai sekiranya pelancong dari negara luar ini mempunyai wang yang lebih, dibimbangi mereka bukan sahaja boleh membeli hartanah di Malaysia ini bahkan memiliki Mykad dan ada hak undi mengundi pula nanti.

Semoga Allah mengurniakan kesejahteraan buat Malaysia.

* Dr Ahmad Sanusi Azmi - Ahli Majlis Ylama Isma 


Tiada ulasan: