KUALA LUMPUR – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sisters in
Islam (SIS) dinasihatkan agar berhenti menggunakan nama Islam sekiranya
badan itu terus mempertikaikan hukum hakam agama.
Ketua Dewan Muslimat Pas Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusoff
menegaskan, NGO itu sewajarnya melucutkan nama Islam dalam badan itu
selepas menghina hukum menutup aurat dalam Islam.
“Minta Sisters in Islam berhenti guna nama Islam jika agenda
mereka terus menghina syariat Islam,” katanya dalam ciapannya di Twitter
miliknya hari ini.
Beliau mengulas hantaran NGO itu dalam Twitternya, 5 Disember lalu,
antara lain berkongsi satu poster bertajuk ‘berhenti mengawal pakaian
wanita’.
Sisters In Islam menghina hukum menutup aurat mengikut Islam.
Dalam poster itu yang menggunakan gambar skirt pendek menjelaskan
bahawa kawalan terhadap pakaian wanita membayangkan wanita itu cacat
daripada segi mental, fizikal dan keroharian serta berbahaya kepada
moral masyarakat. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan