Setiausaha Agung UMNO itu berkata, alasan mereka yang Zuraida dan Azmin antara tujuh pemimpin yang dituduh menghina Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak logik.
Bagaimanapun beliau menegaskan mungkin Muafakat Nasional antara UMNO Pas akan menjadi pilihan untuk kem Mohamed Azmin jika satu hari nanti jika Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu memilih tidak bersama DAP.
Semalam, lebih 50 orang Otai Reformasi 1998 bersama beberapa NGO berkumpul di hadapan Ibu Pejabat PKR Pusat di Tropiciana dan menyerahkan memorandum memecat dan menggugurkan tujuh pemimpin yang diterajui Mohamed Azmin selaku Timbalan Presiden PKR.
BACA: Otai Reformis desak PKR pecat Zuraida
Mereka menuntut Zuraida yang juga Naib Presiden PKR juga digugurkan dari kabinet dan digantung keahlian parti selama lamanya ekoran tindakan didakwa menghina Anwar.
Ia juga kerana Zuraida didakwa dengan sengaja meninggalkan Kongres Nasional PKR di Melaka sebagai langkah sabotaj selain mencerca imej Anwar di Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 pada 8 Disember lalu di Hotel Renaissance Kuala Lumpur.
Bagaimanapun semalam, Zuraida enggan melayan tuntutan berkenaan sambil menganggap mereka sebagai kumpulan ‘sampah’.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan