KUALA LUMPUR – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu mengetengahkan calon Pemuda dalam kalangan aktivis parti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.
Jelas beliau perkara paling utama yang
menjadi pertimbangan untuk menjadi calon adalah mereka yang setia
mempertahankan parti, mempunyai kebijaksanaan berkomunikasi menggunakan media sosial termasuklah berhadapan secara langsung dengan masyarakat.
“Saya akan
meneliti aktivis-aktivis Pemuda untuk diketengahkan dan yang taat setia
kepada parti akan diberi keutamaan, tidak goyang walau ada angin ribut
dr dalam atau luar,” katanya ketika menyampaikan ucapan ketika hadir pada Jamuan Makan Tengah Hari Pemuda UMNO di Dewan Tun Razak.
Katanya, meskipun ada antara ahli parti
khususnya dalam kalangan Pergerakan Pemuda yang mampu menjalankan tugas
namun perkara itu masih dianggap tidak layak sekiranya tidak setia
kepada parti.
“Kalau tak setia tapi bagus tidak boleh jadi calon,” katanya lagi.
Dalam masa yang sama, Ahmad Zahid turut
memaklumkan UMNO bakal menggerakkan sayap Pemuda parti itu ke sekolah
seluruh negara sebagai inisiatif menambah ahli dan boleh diserap untuk
menjadi jentera sebagai persediaan menghadapi PRU-15 akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan